Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Selesai Konsert, Bekas Botol Mineral Super Junior Jadi Rebutan Peminat

konsert Super Junior Super Show 9: Road di Kuala Lumpur pastinya telah disambut dengan penuh meriah oleh peminat boyband tersebut yang sanggup menunggu sejak tengahari lagi.

Berlangsung di Axiata Arena, penampilan Super Junior telah memukau lebih dari 10,000 peminat yang dikenali sebagai Everlasting Friends atauELF.

Bekas air mineral

Pelbagai video menunjukan suasana di konsert terbabit termasuklah selepas tamatnya persembahan apabila ada peminat yang berjaya mendapatkan bekas botol minuman anggota boyband berkenaan.

@muhaiminahmutalib

Wehhh abang stage semalam tolong ambikkan botol shindong 😂 #SS9inMalaysia #SS9KL #SuperShow9inKL #superjunior

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – muhaiminahmutalib – muhaiminahmutalib

Minta bantuan petugas

Menerusi video yang dikongsikan @muhaiminahmutalib, dia telah meminta bantuan petugas di konsert tersebut mendapatkan bekas botol minuman Shindong sebelum memuat naik video terbabit di media sosial.

Selain dari bekas botol, mereka juga membawa pulang lightstick yang menjadi ‘pelengkap’ di konsert hebat itu.

Padam video yang nampak anggota tubuh ahli Super Junior

Dalam pada itu, kelab peminat Super Junior telah memuat naik satu ciapan di Twitter meminta agar para ELF supaya memadam video-video menampakkan bahagian tubuh beberapa anggota boyband tersebut bagi mengelakkan mereka diambil tindakan sehingga tidak dibenarkan datang ke Malaysia lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami dengan rendah hati meminta semua ELF, antarabangsa dan tempatan, yang telah menghantar atau menyiarkan semula mana-mana video atau foto Siwon dan Leeteuk (jelas atau kabur) menunjukkan ‘abs’ mereka di #SSinKL malam tadi, di Facebook, Twitter, Instagram, TikTok atau mana-mana platform media sosial untuk menghapuskan segera.
“Kami memohon kerjasama anda untuk membantu kami menyampaikan mesej ini kepada semua ELF termasuk laman peminat juga, kalau nak tengok Super Junior di Malaysia lagi.
“Kami percaya semua peminat K-pop di Malaysia sedar tentang ‘akibat’ kepada aktiviti K-pop di Malaysia, jadi tolong bantu kami untuk bersihkan mereka kali ini.
“Ahli Super Junior telah meminta maaf mengenainya malam tadi jadi mari kita bantu mereka untuk mengosongkan carian di media sosial mengenai perkara ini. Sumbangan anda penting untuk keseluruhan konsert K-pop di Malaysia juga,” tulisnya.

Sumber: TikTok muhaiminahmutalib, Twitter MalaysiaELF

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tindakan licik seorang lelaki tidak bertanggungjawab menipu pembelian tambah nilai Touch ‘n Go berjaya dirakam menerusi rakaman televisyen litar (CCTV) tertutup di sebuah stesen...

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Bisnes

Pelaksanaan subsidi bersasar bagi petrol RON95 dijangka akan dilaksanakan tahun ini, namun kerajaan perlu memastikan menggunakan mekanisme yang sesuai agar tidak membebankan rakyat. Menteri...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd