Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Selepas Lapan Tahun, Angelina Jolie Dan Brad Pitt Sah Bercerai

Kemelut dan epilog selama lapan tahun yang dihadapi pasangan selebriti terkenal Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt sah bercerai setelah hampir lapan tahun diduga dengan masalah rumah tangga.

Memetik laporan media luar BAZAAR, kedua pasangan tersebut bersetuju menandatangani surat penceraian pada 30 Disember lalu di Mahkamah Tinggi Los Angeles, akan tetapi keputusan sah bercerai masih dalam perbicaraan serta rekod kewangan dan perjanjian penjagaan anak-anak tidak didedahkan.

Angelina Jolie Dan Brad Pitt Sah Bercerai

Foto: Pinterest

Angelina Jolie Dan Brad Pitt Sah Bercerai

Menurut peguam Angelina, aktres itu meluahkan rasa lega apabila mereka berjaya menyelesaikan proses penceraian mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Lebih lapan tahun lalu, Jolie memfailkan perceraian terhadap Pitt. Dia dan anak-anak meninggalkan rumah dan harta yang dikongsi bersama. Sejak itu, dia berusaha mencari kedamaian untuk keluarga.
“Ini adalah satu bahagian daripada proses panjang dimulakan lapan tahun lalu. Secara jujurnya, Jolie sangat letih, tetapi lega kerana bahagian ini sudah selesai. 
“Angelina keletihan namun lega,” katanya kata peguam Jolie, James Simon kepada media.

Angelina Jolie Dan Brad Pitt Sah Bercerai

Foto: Carian Google

Bintang Maleficent itu juga memohon agar Pitt diberi hak melawat, tetapi undang-undang penjagaan anak-anak kekal bersama mereka berdua.

Walaupun penceraian mereka sudah selesai namun pasangan ini masih berdepan dengan masalah lain seperti pembahagian harta sepencarian.

Artikel lain: Angelina Jolie Mahu Tinggalkan Dunia Lakonan, Berhasrat Pindah Kemboja

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka dikatakan masih lagi berebut aset bernilai RM277 juta serta ladang anggur yang terletak di Perancis.

Untuk rekod, Angelina memfailkan penceraian terhadap Pitt pada 2016 selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini memiliki enam orang cahaya mata iaitu Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, Vivienne dan Knox.

Sumber: BAZAAR

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ketua...

Nasional

Malaysia Airlines mengesahkan dua penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah terpaksa berpatah balik dan dilencongkan susulan peningkatan risiko ruang udara. Syarikat penerbangan itu...

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Dunia

Pasukan pendudukan Israel pada Sabtu dilaporkan menghalang jemaah daripada menunaikan solat Isyak dan tarawih di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki, lapor Agensi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd