Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Selepas Kahwin Dengan Priyanka Chopra, Nick Jonas Dedah Gemar Makan Dosa

Penyanyi, Nick Jonas yang sedang melangsungkan Jelajah “The Jonas Brother” di seluruh Amerika Syarikat mendedahkan mengenai menu kegemarannya dari India yang mana salah satunya adalah Dosa.

Menurut laporan Mid-day, dalam perbualan antara pencipta kandungan, Rebecca Tandon, suami kepada Priyanka Chopra itu memberitahu dia telah jatuh cinta kepada tiga jenis makanan hidangan istimewa.

Selepas bergelar suami kepada aktres yang berasal dari India itu, Nick mengatakan bahawa dia jatuh cinta kepada paneer, briyani kambing dan Dosa.

Antara ketiga-tiga hidangan tersebut, penyanyi berusia 31 tahun itu sangat menyukai hidangan Dosa, sejenis hidangan seperti lempeng yang sangat popular di negara tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tandon telah menemubual Nick di Arlington, Texas ketika sedang menjayakan jelajah berkenaan di 65 buah negeri bermula dari 12 August hingga 9 Disember 2023.

Jelajah ini merupakan tarikan utama kepada peminat The Jonas Broter kerana ketiga-tiga Kevin Jonas, Joe Jonas dan Nick Jonas melakukan persembahan untuk peminat mereka.

Pasangan tersebut telah berkahwin pada tahun 2018 di Rajastahn dan telah mempunyai seorang anak perempuan, Malti Marie Chopra Jonas, hasil daripada bantuan khidmat ibu tumpang yang kini berusia setahun.

Sementara itu, Priyanka membuat debut lakonannya melalui filem Tamil Thamizhan pada tahun 2002. Pada tahun berikutnya, pelakon berusia 41 tahun itu membuat debut Bollywoodnya dalam filem The Hero: Love Story of a Spy.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada tahun 2015, Priyanka telah mencuba nasib di Hollywood melalui Quantico, drama thriller mengenai pusat latihan kepada agensi keselamatan untuk Amerika Syarikat.

Sumber: Mid-day

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Sosial

Video seorang pak cik lempar petai atas jalan tular di media sosial apabila dipercayai kecewa selepas tidak dibenarkan berniaga di lokasi tersebut oleh penguat...

Nasional

Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini mengumumkan tempahan sebanyak 30 pesawat Boeing 737 MAX yang mana ia menjadi satu langkah strategik yang disaksikan oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd