Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Selepas 5 Terbunuh, OceanGate Buka Lagi Ekspedisi 2024 Kepada Umum

Sejak kebelakangan ini, dunia telah dikejutkan dengan berita kematian yang membabitkan lima orang individu selepas mengikuti ekspidisi ke Titanic dengan menaiki sebuah kapal selam Titan yang dipercayai telah meletup dalam dasar laut.

Berita duga itu sudah semestinya mengejutkan ramai pihak memandangkan individu yang terlibat adalah bukan dari kalangan orang biasa-biasa termasuklah Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Stockton Rush dan jutawan British, Hamish Harding.

Malah, media Kanada telah melaporkan serpihan kapal selam titan telah ditemui dalam dasar laut dan cebisan mayat manusia ditemui di antara serpihan itu.

Bagaimanapun, baru-baru ini OceanGate telah mengejutkan ramai apabila mereka membuka sekali lagi ekspedisi untuk tahun 2024 kepada umum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, komunikasi dengan kapal selam Titan, yang dimiliki dan dikendali OceanGate Expeditions, sebuah syarikat penyelidikan dan pengembaraan laut swasta yang membuat lawatan pelancong ke bangkai kapal Titanic di Lautan Atlantik pada 18 Jun, terputus sejurus selepas menyelam.

Kapal selam tersebut telah meletup berhampiran dengan kawasan Titanic dan menyebabkan lima orang terbunuh.

Sumber: Twitter @daily loud

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd