Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Selepas 4 Jam Disiasat, Polis Sahkan G-Dragon Negatif Dadah

Penyanyi kumpulan BigBang, G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong disahkan negatif dadah selepas membuat ujian mudah bersama pihak berkuasa.

Menurut laporan KBS World, G-Dragon telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada Agensi Polis Metropolitan Incheon selama kira-kira empat jam berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah.

G-Dragon negatif dadah

Artikel lain: G-Dragon Nafi Ambil Dadah, Beri Kerjasama Penuh Kepada Polis

Ketika disoal siasat oleh pihak berkuasa, penyanyi yang berusia 35 tahun itu telah menjawab semua persoalan dengan jujur malah polis tidak dapat sebarang bukti G-Dragon mengambil barangan terlarang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu,  peguam G-Dragon mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan bahawa penyanyi tersebut mengambil dadah.

Menerusi kenyataan tersebut, G-Dragon berkata dakwaan dia mengambil dadah tidak benar selain tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pelanggaran Akta Kawalan Narkotik dan sebagainya.

“Ini adalah Kwon Ji Yong. Pertama sekali, dakwaan saya mengambil dadah adalah tidak benar sama sekali.
“Pada masa yang sama, saya juga tidak mempunyai sebarang kaitan dengan berita mengenai pelanggaran Akta Kawalan dadah dan sebagainya yang tular di media,” katanya.

Sumber: KBS World

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd