Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Selaras Pengumuman PM, Gaji Penjawat Awam Negeri Selangor Akan Dinaikkan

Gaji penjawat awam negeri Selangor akan diselaras semula setelah pengumuman kenaikan gaji dibuat oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu lalu.

Bernama melaporkan, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, gaji 21,736 penjawat awam di Selangor akan dinaikkan seusai kerajaan persekutuan menyerahkan pekeliling kenaikan gaji kakitangan awam kepada kerajaan negeri.

Foto: Bernama

“Saya akan selaraskan balik kenaikan gaji penjawat awam negeri setelah pekeliling (kerajaan persekutuan) dikeluarkan. Pentadbiran ini akan mengambil langkah yang perlu selaras dengan tatacara kewangan sedia ada,” katanya pada sidang media hari ini.

Selain menjangkakan perincian tersebut bakal terlaksana pada Belanjawan Negeri 2025, beliau juga menjelaskan bahawa 13 peratus merupakan kadar minimum seperti yang dimaklumkan oleh Anwar.

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah Amirudin berkata, semua penjawat awam seharusnya menjadikan kenaikan gaji di peringkat negeri Selangor ini sebagai motivasi dan dorongan untuk memperkukuh kualiti pekerjaan.

“Perincian berhubung pelarasan kenaikan gaji penjawat awam negeri dijangka dilaksanakan pada Belanjawan Negeri 2025. Ia akan bermula pada kadar minimum iaitu lebih 13 peratus seperti yang Perdana Menteri umumkan.
“Ia selaras dengan harapan rakyat yang tinggi bahawa sistem perkhidmatan kerajaan perlu sentiasa ditingkatkan,” ujarnya.

Susulan itu, beliau berharap agar sektor swasta dapat mengikut jejak langkah sektor awam untuk menaikkan gaji pekerja sekali gus dapat menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara yang berpendapatan tinggi di rantau ini.

Sumber: Bernama

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang...

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Sosial

Seorang suami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan selepas isterinya yang hamil tujuh bulan dan anak sulung mereka cedera dalam kemalangan membabitkan...

Sukan

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang akhirnya menamatkan penantian selama 16 tahun untuk meraih pingat emas Sukan Komanwel selepas muncul juara acara keirin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd