Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Selangor Sasar Pelaburan RM50 Bilion Pada Tahun Ini

Selangor sasar pelaburan sebanyak RM50 bilion pada tahun ini, lebih tinggi berbanding  yang dicatatkan pada tahun lepas iaitu lebih RM45 bilion.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata sasaran itu berdasarkan perkembangan ekonomi yang semakin baik dan mampu menambah sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sehingga 0.5 peratus pada tahun ini.

Selangor sasar pelaburan RM50 bilion

“Jika kita dapat meningkatkan 0.4 peratus hingga 0.5 peratus daripada apa yang kita sumbangkan sekarang, maknanya daripada lebih 25 peratus mungkin kepada sehingga 26 peratus sumbangan KDNK negara pada tahun ini,”  katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan Amanat Tahun Baharu 2024 di Bangunan Sultan Abdul Aziz, di sini hari ini.

Artikel lain: Galakkan Pelancongan Domestik, Rangsang Pemulihan Ekonomi – Penggiat Industri

Bagaimanapun, katanya beliau masih menunggu angka rasmi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia berhubung prestasi ekonomi dan pelaburan negeri itu pada tahun lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 2022, Selangor mencatatkan sejarah tersendiri apabila sumbangan negeri itu kepada KDNK Malaysia melebihi satu perempat ekonomi negara iaitu pada kadar 25.5 peratus, dengan kenaikan sebanyak 0.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Mengenai perkembangan perobohan Stadium Shah Alam, Amirudin berkata kerja-kerja pengalihan pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang dirancang untuk mengelak gangguan bekalan elektrik di kawasan Seksyen 13.

“Kita sedang berunding dengan TNB untuk mengalihkannya. Kalau buat baharu (pencawang), ia akan ambil masa lagi setahun, baru boleh robohkan stadium, justeru, kita alihkan dulu.
“Saya akan pastikan (perobohan) segera tetapi kita tidak boleh menggunakan peledak atau bom sebab ia akan memberikan kesan kepada kejiranan di kawasan itu, sebaliknya dilaksanakan secara manual menggunakan peralatan mesin,” katanya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd