Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Selangor Ambil Langkah Susulan Bantu Pengguna Air Terkesan Pelarasan Kadar Tarif

Kerajaan Selangor akan mengambil langkah susulan membantu pengguna air di negeri ini yang terkesan dengan pelarasan kadar tarif air bermula 1 Feb depan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia berikutan jangkaan 49 peratus akaun pengguna Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bakal terkesan berikutan tarif baharu itu nanti.

Beliau berkata antara langkah yang akan diambil termasuk memastikan Skim Air Darul Ehsan (SADE) dapat diteruskan.

Pelarasan Kadar Tarif

“Ada beberapa langkah yang kita (kerajaan negeri) akan perkenalkan bagi mengurangkan beban sesetengah kumpulan yang dijangka terbeban susulan pelarasan terbabit. Kita juga akan umumkan (kadar) lebih murah…kalau boleh saya maklumkan di sini, antara RM1.50 sehingga RM6.
“Dengan pelarasan kadar tarif air ini, kita akan pulangkan kembali kepada rakyat termasuk penggantian paip dengan tahun ini kita tingkatkan kepada 300 kilometer (km) (penggantian) berbanding tahun sebelum iaitu kira-kira 150 km panjang paip,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Sekolah Digital Selangor di Shah Alam, pada Khamis.

SADE merupakan program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Selangor dengan pendapatan isi rumah RM5,000 dan bertujuan mengurangkan kos sara hidup rakyat khususnya kepada golongan berpendapatan rendah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan bermula 1 Feb ini, pelarasan tarif air yang baharu bagi pengguna domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dilaksanakan.

Artikel lain: Pelarasan Tarif Air Baharu Di Semenanjung, Labuan Bermula 1 Februari

Pelarasan itu, yang menyaksikan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif dengan struktur dan komponen tarif air diseragamkan untuk negeri-negeri di Semenanjung serta Labuan dan ia akan dikaji semula setiap tiga tahun bagi memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran.

Sementara itu, Amirudin berkata pelarasan tarif air itu perlu dilaksanakan dalam usaha menjamin kelestarian modal dan pelan perniagaan Air Selangor untuk jangka masa panjang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Memang hampir semua (syarikat air) dan bukan hanya Air Selangor yang memerlukan peningkatan dari segi modal dan pelan perniagaan, kita memerlukan pelarasan tarif pada kadar tertentu dalam tempoh tahun-tahun tertentu,” katanya.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd