Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Selangkah Ke Pentas Akhir, Squad Hoki Malaysia Benam Thailand 5-2

Skuad Hoki Dalam Dewan Lelaki Kebangsaan mengumumkan berjaya melepasi cabaran pertama dalam pusingan kedua (Pool C) Kejohanan Piala Asia Hoki Dalam Dewan Taldykorgan, Kazakhstan apabila menewaskan Thailand 5-2 pada aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Taldykorgan semalam.

Menurut satu kenyataan, Ketua Jurulatihnya Mohd Rodzhanizam Mat Radzi berkata, beliau bergembira dengan kemenangan yang diraih dan Malaysia kini hanya selangkah untuk mengapai cita-cita beraksi di pentas final, sekaligus ke Piala Dunia 2025.

Foto: FB MHC

“Alhamdulillah kami berjaya mendapatkan kemenangan yang cukup penting dan secara keseluruhan barisan kejurulatihan sangat berpuas hati dengan kemenangan yang kami capai.
“Namun daripada sudut permainan hari ini, terdapat kesilapan-kesilapan yang masih berlaku dan pemain perlu mengurangkannya,” katanya.

Beliau juga berkata, pasukan tersebut dijadualkan akan bertemu dengan pasukan Iran yang merupakan antara pasukan terkuat selain mempunyai pengalaman bermain di Piala Dunia pada aksi terakhir pusingan kedua, 24 Mei.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB MHC

“Aksi esok pemain pastinya akan turun bermati-matian dan memberikan segalanya bagi meraih keputusan yang positif.
“Persiapan sebaiknya akan dilakukan untuk memastikan Malaysia ke pentas final sekaligus layak untuk beraksi di Piala Dunia 2025,” jelas beliau.

Sementara itu, pusingan kedua ini bakal menentukan dua pasukan yang layak ke pentas final sekaligus meraih tiket automatik ke Piala Dunia Hoki Dalam Dewan 2025 di Poreč, Croatia dan kini hanya Iran menjadi penghalang terakhir bagi pasukan Malaysia.

Foto: FB MHC

Malaysia akan turun bertemu Iran pada aksi terakhir Kumpulan C esok dan keputusan daripada perlawanan tersebut akan menentukan pasukan mana berjaya ke pentas final.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd