Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Selagi Tak Dapat Suami, Lucinta Luna Nekad Terus Buat Pembedahan Plastik

Seakan tidak pernah serik, selebriti Indonesia, Lucinta Luna mendedahkan dia bakal menjalani pembedahan plastik sekali lagi sehingga dia berjaya menawan hati seorang lelaki dalam kehidupannya.

Menurut laporan Suara.Com, Lucinta percaya bahawa kecantikan yang dimilikinya mampu membuatkan lelaki jatuh cinta kepadanya.

Malah, dia akan terus membuat pembedahan plastik lagi untuk mengubah wajahnya menjadi seperti wanita asli sehingga mencapai standard yang dimahukannya.

Difahamkan, pendedahan itu dilakukan oleh Lucinta ketika temu ramah bersama bintang popular, Luna Maya menerusi saluran YouTube.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, hasrat Lucinta itu tidak disetujui oleh Luna dan berpendapat Lucinta sepatutnya mencintai dirinya sendiri berbanding terus menyeksa diri sendiri.

“Tidak boleh macam itu, awak perlu hargai diri sendiri. Awak itu berharga,” kata Luna.

Namun begitu, Lucinta tetap mahu meneruskan hasrat tidak masuk akalnya itu dan tiada cara lain lagi untuk memikat hati lelaki selain memiliki wajah yang cantik.

“Habis nak buat macam mana lagi? Nak jual suara pun suara macam abang-abang,” jelasnya lagi.

Sumber: Suara.Com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd