Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sekolah, Tadika Dan Taska Ditutup Serta Merta Jika IPU Cecah Bacaan 200

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaafar memaklumkan yang pihak sekolah, tadika dan taska dikehendaki sentiasa memantau bacaan ndeks Pencemaran Udara (IPU) dan jika mencecah 200, kedua-dua tempat berkenaan dikehendaki untuk tutup serta merta.

Sekolah, Tadika Dan Taska tutup kalau IPU 200

Tindakan tersebut adalah berlandaskan  Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) bagi menghadapi jerebu yang berlaku sejak kebelakangan ini.

“Sekiranya trend bacaan IPU menunjukkan peningkatan ke arah 200, persediaan perlu dilaksanakan untuk menutup sekolah, tadika dan taska yang berkenaan,” katanya menerusi  kenyataan rasmi Jabatan Alam Sekitar di Facebook.

https://www.facebook.com/doe.gov.my/posts/pfbid02ag8BVF99moGXkNUaJdbiK1Kr5XNukoPPZfDGsrHurtr5dqDBh9LHwHSz6KaUogTol?ref=embed_page

Tindakan berlandaskan PTJK

Pelan PTJK mengandungi tindakan spesifik yang perlu diambil oleh setiap agensi berpandukan kepada tahap amaran tertentu yang ditetapkan mengikut status kualiti udara iaitu bacaan IPU dan petunjuk kepada kesihatan awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelan tindakan tersebut dikemaskini pada tahun 2002, 2006, 2012 dan 2013. Pengemaskinian pelan terkini adalah pada tahun 2018 dengan mengambilkira kemasukan parameter PM2.5 dalam bacaan IPU negara.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan adalah untuk mempercepatkan tindakan yang perlu diambil oleh agensi.
“Antara tindakan agensi yang perlu dilaksanakan adalah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah/negeri/pusat apabila bacaan IPU melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam;
“Menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah apabila bacaan IPU melebihi 100. Sekiranya trend bacaan menunjukkan peningkatan ke arah 200 persediaan perlu dilaksanakan untuk menutup sekolah, tadika dan taska yang berkenaan,” katanya.

Kredit foto: Berita Harian

Selain itu,  Datuk Wan Abdul Latiff  memaklumkan Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilakukan tertakluk kepada kehadiran awan dan cuaca yang sesuai pada bacaan IPU melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam.

Beberapa kawasan catat kualiti udara sederhana

Sehubungan dengan itu, JAS bersama kementerian dan setiap agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu akan sentiasa bertindak dengan lebih cepat dan responsif di atas tindakan-tindakan seperti yang disenaraikan di dalam pengemaskinian PTJK.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, bacaan IPU direkodkan jam 6 petang tadi menunjukkan satu kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik dan 56 kawasan mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana.

“Rekod bacaan IPU jam 6 petang tadi menunjukkan 11 stesen mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat
iaitu masing-masing dua di Kuala Lumpur membabitkan Batu Muda (116) dan Cheras (160); lima di Selangor iaitu Petaling Jaya (154), Shah Alam (154), Klang (107), Banting (155) dan Johan Setia (144), tiga di Negeri Sembilan iaitu Nilai (161), Seremban (156) dan Port Dickson (152), serta Putrajaya (153),” katanya.

Wan Abdul Latiff berkata, bagi menangani situasi berjerebu di dalam negara, kementerian dan setiap agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu sedang mempertingkatkan usaha pencegahan ke atas aktiviti pembakaran terbuka yang berpotensi menyebabkan jerebu di peringkat tempatan.

Sumber: Facebook Jabatan Alam Sekitar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd