Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sekali Lafaz, Pasangan Diraja Tengku Muhammad Dan Tengku Natasya Selamat Diijabkabul

YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat diijabkabulkan bersama YM Tengku Natasya Puteri Binti Tengku Adnan dengan sekali lafaz pada jam 8.59 malam tadi.

Foto: Facebook Kesultanan Pahang

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Kesultanan Pahang, pasangan Pengantin Diraja yang mengenakan persalinan berona putih dilihat begitu menawan dalam Istiadat Perkahwinan Diraja yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan, jam 8.30 malam.

Foto: Facebook Kesultanan Pahang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Istiadat itu diserikan lagi dengan keberangkatan keluarga diraja Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, bersama-sama dengan permaisuri baginda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, dan putera mahkota Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, serta paduka-paduka anakanda baginda yang lain.

Foto: Facebook Kesultanan Pahang

Istiadat Akad Nikah telah disempurnakan bapa pengantin perempuan sendiri, YM Datuk Seri Utama Dr Tengku Adnan bin Tengku Mansor, dan disaksikan oleh kira-kira 110 tetamu istimewa yang terdiri daripada kerabat diraja, ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Istiadat Perkahwinan Diraja akan disambung pada keesokan harinya dengan Istiadat Berinai pasangan pengantin Diraja tersebut, dan kemudiannya diikuti dengan Istiadat Persandingan yang akan berlangsung pada Ahad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Istiadat diraja akan diteruskan pada 28 Oktober dengan Istiadat Santap Nasi Adap-Adapan dan Istiadat Bersiram di Istana Abdulaziz, sebelum diakhiri dengan Istiadat Menutup Kerja yang diserikan dengan penurunan Bendera Istiadat dan 16 das tembakan meriam.

Foto: Facebook Kesultanan Pahang

Artikel lain: Istiadat Perkahwinan Tengku Muhammad Iskandar Dan Tengku Natasya Berlangsung Tiga Hari

Orang ramai boleh menyaksikan siaran langsung istiadat ini melalui skrin besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Dataran Bandar Diraja Pekan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sempena Istiadat Perkahwinan Diraja ini, karnival jualan turut diadakan di Dataran MBK dan Dataran Bandar Diraja Pekan sepanjang tempoh istiadat berlangsung.

Sumber: Facebook Kesultanan Pahang

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd