Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Sedia Hadapi Monsun Timur Laut, KKR Lancar BiGBen Dan Aplikasi Sistem eBencana

Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan kerja Raya (JKR) Malaysia akan mempertingkatkan tahap kesiap siagaan  terhadap Monsun Timur Laut (MTL) dengan lancar Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) dan aplikasi mudah alih (apps) Sistem eBencana JKR yang telah dinaik taraf.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia sejajar dengan kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang meramalkan MTL bermula pada 5 November lalu dan berterusan sehingga Mac 2025.

KKR lancar BiGBen dan aplikasi Sistem eBencana

KKR Lancar BiGBen Dan Aplikasi Sistem eBencana

Menurut Alexander, BiGBen akan berfungsi sebagai pusat sehenti maklumat bencana yang melibatkan aset seliaan JKR Malaysia di sepanjang Jalan Negeri dan Jalan Persekutuan.

“Maklumat komprehensif tersedia melalui BiGBen untuk dikongsikan dengan orang awam berkaitan maklumat bencana seperti banjir, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap dan jambatan rosak atau runtuh.
“Antara manfaat utama adalah maklumat berkenaan penutupan jalan serta informasi laluan alternatif untuk membolehkan pengguna jalan raya merancang perjalanan semasa musim tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) dan Sistem Pengurusan Bencana (eBencana) di Kuala Lumpur pada Isnin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan BiGBen diterajui oleh Sekretariat Bilik Gerakan Bencana JKR Malaysia yang terdiri daripada warga kerja JKR di Ibu Pejabat JKR di Kuala Lumpur.

KKR Lancar BiGBen Dan Aplikasi Sistem eBencana

BiGBen merupakan hasil kolaborasi JKR Negeri dan JKR Daerah yang berperanan mengemaskini maklumat bencana menerusi Laman Rasmi Pengurusan Bencana.

“Pengoperasian BiGBen dikategorikan dalam tiga peringkat bergantung kepada situasi semasa bencana iaitu peringkat Sistem Amaran Awal, peringkat Pusat Komunikasi Bersepadu dan peringkat Pusat Tindakan Cepat,” maklumnya.

Sementara itu, Alexander menjelaskan Apps Sistem eBencana JKR pula merupakan platform bersepadu yang mengintegrasikan data di Laman Pengurusan Bencana (bencana.jkr.gov.my).

“Data ini boleh diakses terus ke telefon bimbit. Pengguna kini boleh muat turun apps ini secara percuma di App Store dan Google Play,” ujarnya.

Justeru, pengoperasian BiGBen dan Sistem eBencana JKR secara bersepadu ini pastinya akan memberi manfaat kepada pelbagai pihak termasuk orang awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KKR Lancar BiGBen Dan Aplikasi Sistem eBencana

“Ia bukan sahaja untuk kegunaan orang awam, malah berupaya menjadi sumber rujukan kepada semua pihak berkepentingan terutama kepada agensi yang terlibat untuk tindakan penyelarasan dan pengurusan bencana negara yang lebih efisien,” katanya.

Bagi pengguna yang perlu menggunakan jalan raya semasa musim Monsun ini, anda boleh merancang perjalanan yang lebih selamat dan selesa melalui semakan status laluan jalan raya menerusi beberapa platform.

Platform-platform itu adalah bencana.jkr.gov.my, aplikasi eBencana JKR, Facebook BIGBEN dan akaun X Cawangan Senggara Fasiliti Jalan.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua beranak berdepan pertuduhan berasingan melakukan maksiat iaitu persediaan persetubuhan haram dan berkhalwat bersama pasangan masing-masing menerusi prosiding Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Terengganu...

Dunia

Penyanyi wanita, Chayada Prao-hom dilaporkan meninggal dunia dipercayai selepas menjalani tiga sesi urutan di sebuah kedai urut di wilayah Udon Thani, Thailand, pada Ahad....

Lokal

Polis menyerbu sebuah restoran barbeku selepas dikesan mempromosikan peralatan hidangan makanan dan minuman yang memaparkan cetakan gambar pemimpin komunis di Bandar Botanic, Klang semalam....

Lokal

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengecam tindakan seorang pegawainya yang mengkritik Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dengan perkataan tidak sopan. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd