Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sebutan Semula Kes Nur Farah Kartini Pada 10 Disember

Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu menetapkan 10 Disember depan bagi sebutan semula kes anggota polis berpangkat Lans Koperal, Muhammad Alif Monjani, yang didakwa membunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.

Menurut laporan Buletin Tv3, Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Eirene Nabila Amani Williams-Hunt memaklumkan kepada mahkamah bahawa laporan kimia dan laporan bedah siasat masih belum diperolehi lagi.

“Saya mohon satu tarikh baharu untuk sebutan semula kes,” kata Eirene Nabila.

Foto: Bernama TV 

Peguam Nur Aida Zainuddin yang mewakili tertuduh tidak membantah namun memohon tarikh sebutan yang lebih lama. Turut hadir, tiga peguam pemerhati yang dilantik keluarga mangsa, Mohd Norazihan Adnan, Luqman Hakim Azhar dan Goh Chee Kian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 26 Julai lalu, Muhammad Alif, 26, didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini, 25, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

 

Foto: Bernama TV

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di ladang kelapa sawit SKC Keledang, Mukim Hulu Bernam, antara jam 9 pagi 10 Julai hingga 6 petang pada 15 Julai yang lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Farah Kartini, yang dipercayai hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, telah ditemukan meninggal dunia di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

 

Foto: Sinar Harian 

Mayatnya ditemukan kira-kira jam 6 petang, 15 Julai lalu dipercayai dibunuh individu dikenali dan susulan itu, polis menahan anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 26 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Jasa Allahyarhamah Normah Sabar tidak terhenti selepas pemergiannya apabila wanita yang dikenali sebagai juruukur wanita pertama negara itu turut menyumbang sinar baharu kepada sekurang-kurangnya...

Sosial

Bekas adik ipar usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli iaitu Anes Ayunie kini berada dalam keadaan stabil selepas mengalami komplikasi ‘placenta accreta’ sejurus...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang tular susulan dakwaan menghina penduduk China ketika melancong ke negara itu baru-baru...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd