Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Hilang Sebelum Sempat Tiba di SPRM, Keluarga Dakwa Diculik

Seorang wanita dilaporkan hilang secara misteri sebelum sempat tiba di SPRM, Putrajaya untuk memberi keterangan, pada 9 April lalu.

Wanita tak dapat dikesan sebelum sempat tiba di SPRM

Memetik laporan dari Kosmo! Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa telah mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan wanita itu pada pukul 3.02 petang hari yang sama.

“Wanita itu dijadualkan hadir ke pejabat SPRM Putrajaya bagi memberi keterangan berkaitan satu siasatan.
“Bagaimanapun, ketidakhadiran mangsa pada hari tersebut disahkan oleh pihak SPRM,” katanya.

Sebelum Sempat Tiba di SPRM

 

Naik e-hailing sebelum sempat tiba di SPRM

Menurutnya, mangsa sebelum ini pernah beberapa kali hadir ke SPRM bagi tujuan sama, dan laporan kehilangan turut dibuat oleh peguam wanita tersebut di Seri Kembangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah beliau lagi, beberapa saksi termasuk pegawai SPRM dan peguam telah dirakam percakapan untuk membantu siasatan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan. Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel lain: Masuk Fasa Dua Siasatan, SPRM Panggil Ismail Sabri Isytihar Harta

Terdahulu, kehilangan wanita itu tular apabila ahli keluarganya mendakwa wanita berusia 42 tahun itu mungkin diculik ketika menaiki perkhidmatan e-hailing ke SPRM.

Abang mangsa dakwa wanita diculik

Abang mangsa mendakwa, kereta yang dinaiki wanita itu telah dipintas oleh tiga kenderaan tidak dikenali, sebelum dia diarahkan menaiki salah sebuah daripadanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tiada lagi berita daripada Pamela selepas tengah hari itu. Panggilan dan mesej kami selepas jam 2 petang tidak dijawab. Kini sudah lebih 20 hari dia hilang tanpa sebarang petunjuk,” katanya.

Setakat ini, pihak SPRM masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kehilangan berkenaan. Keluarga pula merayu bantuan orang ramai serta menggesa siasatan segera bagi merungkai misteri kehilangan tersebut.

Sumber: Kosmo! (Nurul Izzati Zaini)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd