Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Sebanyak 25,000 Permaidani Baharu Dipasang Di Masjidil Haram Sempena Ramadan

Sebanyak 25,000 permaidani baharu dipasang di Masjidil Haram di Makkah sempena permulaan menyambut Ramadan pada Isnin lalu.

Foto: Arab News

Menurut laporan Arab News, jurucakap Pihak Berkuasa Am bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci Maher Mansi Al-Zahrani berkata, ia susulan peningkatan jemaah umrah dan umat Islam yang lain dalam mendirikan solat untuk meningkatkan ibadah dan kerohanian mereka.

“Jumlah pengunjung juga semakin berganda ketika mahu menunaikan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan,” katanya.
Jurucakap itu juga berkata, sebanyak 50 tempat mengambil wuduk telah disediakan pihak masjid untuk kegunaan jemaah di dalam masjid dan terdapat 3,000 tandas di halamannya.
Foto: Astro Awani
“Tidak ketinggalan, 15,000 bekas air Zamzam dan 150 stesen air Zamzam ditempatkan di sekitar masjid,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu usaha bagi memastikan tahap kebersihan dan pembasmian kuman di Masjidil Haram dilakukan 10 kali sehari oleh 4,000 pekerja yang bekerja di bawah penyeliaan 400 penyelia dalam tempoh 24 jam.

“4,000 peralatan dan mesin digunakan untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pengunjung, manakala 3,000liter penyegar udara berkualiti digunakan untuk memastikan pengudaraan yang bersih,” tambahnya lagi.

Foto: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, jutaan jemaah memenuhi Masjidil Haram untuk menunaikan solat tarawih pada malam pertama puasa di bulan Ramadan.

Kehadiran para jemaah yang terdiri daripada berbagai negara, bangsa, umur dan status kelas sosial itu memenuhi seluruh ruangan yang terdapat di Masjidil Haram.

Sumber: Arab News

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau pernah ‘ditawarkan’ untuk menjadi Pemimpin Tertinggi Iran, namun menolak cadangan tersebut dengan berkata, ‘tidak, terima kasih’....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd