Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Sebagai Muslim, Chazynash Dah Jalankan Tanggungjawab Seorang Bapa..” – Bekas Isteri

Bekas isteri personaliti media sosial Chazynash iaitu Fatin Morat tampil membuat kenyataan rasmi berkaitan nafkah dan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Fatin menegaskan selama ini dia memilih untuk berdiam diri bagi mengelakkan sebarang salah faham atau spekulasi yang boleh menjejaskan reputasi semua pihak.

Chazynash dah jalankan tanggungjawab

Chazynash

Fatin menjelaskan bahawa mutaah sebanyak RM100,000 adalah hasil persetujuan bersama semasa perkahwinan dan sebahagian daripada simpanan bersama mereka.

Malah, dia menegaskan tidak pernah menuntut harta sepencarian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perkara selebihnya biarlah menjadi urusan saya dan Chazy sahaja. Saya tidak mahu orang luar menilai tanpa tahu keseluruhan cerita. Sepanjang ini, saya hanya mahu menjaga nama baik semua pihak dan memberi fokus kepada anak-anak.
“Tiada siapa patut membuat andaian atau spekulasi mengenai harta atau perbelanjaan kami, kerana semua itu telah diuruskan dengan penuh tanggungjawab bersama,” tulisnya hari ini.

Chazynash

Mengenai nafkah anak-anak, Fatin menafikan sebarang salah faham dengan menjelaskan bahawa walaupun menerima nafkah, jumlah RM8,200 yang disebut bukanlah wang tunai yang diterima secara bersih untuk kegunaan peribadi, sebaliknya ia merangkumi komitmen anak-anak.

“Ia termasuk tempat tinggal, pendidikan, insurans, bil utiliti, keperluan harian, yuran tuisyen, serta kos transit kerana anak-anak mereka bersekolah di sekolah Cina.
“Tidak ada walau satu sen pun daripada nafkah tersebut yang merupakan bahagian untuk saya sendiri. Semua itu ditanggung untuk memastikan anak-anak saya selesa dan pendidikan mereka terjaga dengan baik.
“Setiap bil, kos pengangkutan, makanan, tuisyen dan keperluan harian mereka telah diambil kira. Saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai ibu, dan saya bersyukur Chazy juga menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa,” kongsinya.

Artikel lain: Pempengaruh Chazynash Selamat Bertunang, Luahan Bekas Isteri Raih Perhatian

Chazynash

Sementara itu, Fatin turut meminta agar orang ramai menghentikan sebarang spekulasi atau kecaman terhadap adiknya, Yunus Morat yang telah banyak membantu sepanjang proses tersebut.

“Hal ini biarlah hanya saya dan ahli keluarga sahaja yang mengetahuinya. Saya berharap tiada pihak membuat spekulasi atau andaian sendiri.
“Adik saya telah melakukan yang terbaik sebagaimana seorang adik sepatutnya, jadi hentikanlah sebarang kecaman yang tidak berasas. Saya ingin menjaga maruah semua pihak dan berharap anak-anak saya dapat hidup tanpa gangguan atau salah faham,” jelas Fatin lagi.

Chazynash

Sebagai seorang Muslim, Fatin menekankan bahawa tanggungjawab terhadap anak-anak adalah keutamaan dan dia bersyukur dengan kerjasama serta komitmen Chazynash dalam memastikan kebajikan anak-anak mereka terpelihara.

“Alhamdulillah, saya bersyukur Chazy telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa kepada anak-anak kami. Sebagai ibu, saya hanya mahu melihat anak-anak kami bahagia dan mendapat kehidupan yang terbaik.
“Saya mohon doa daripada semua agar saya terus tabah dan kuat menghadapi segala cabaran ini, dan saya amat menghargai sokongan daripada mereka yang memahami keadaan saya,” tulisnya.

Sumber: Threads @fatinmorat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Spotlight

Perbezaan agama tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan kekeluargaan, sebaliknya perlu diraikan dengan rasa hormat dan kefahaman, demikian perkongsian menyentuh hati oleh personaliti Facebook,...

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Sosial

Seorang suami kini berada dalam kesedihan mendalam selepas kehilangan isteri tercinta, Nor Suhaila Shariff dalam satu kemalangan maut di Batu 14, arah selatan Lebuhraya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd