Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sebab Video Bella, Saya Hilang Kerja, Dicemuh & Diugut Bunuh – Siti Bainun

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali meluahkan rasa kesal dan kecewa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini apabila diri menjadi mangsa kecaman ramai selepas tularnya video Bella.

Selain kecaman, Siti Bainun juga menyatakan dia turut menerima ugutan bunuh sehingga ke hari ini selain kehilangan pekerjaan termasuk perniagaan makanan yang diusahakannya.

“Saya telah dikecam dan juga di tahap bunuh sejak daripada kes ini tular sehingga ke hari ini, hampir setiap masa.
“Saya juga dicemuh, dihina disebabkan tindakan Zurianty (saksi pendakwaan pertama) menyebarkan video Bella yang disunting,”ujarnya.

Pun begitu, Siti Bainun tetap akur dengan nasib menimpanya dengan menyifatkan ia seperti nasi yang sudah menjadi bubur.

Dalam pada itu, Siti Bainun turut menyatakan pada pegawai penyiasat yang menyiasat kesnya sendiri mengakui tidak mendengar dengan betul video yang dirakamkan oleh Zurianty Sudin.

Katanya, apa yang membuatkan dirinya binggung apabila pegawai penyiasat turut mengatakan tidak ada keperluan untuk melihat dan mendengar video yang mana ia menjadi asas penyiasatan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kalau mereka (pegawai penyiasat) mendengar dan membuat transkrip, mesti perbicaraan dan penyiasatan serta pendakwaan ini tidak memprejudiskan saya,” katanya.
Tambahnya lagi, apa yang membuatkan dirinya bertambah hairan apabila Zurianty muncul di rumahnya pada 24 Jun 2021 semasa dia tidak ada di rumah.
“Jadi, apabila saya dapat makluman dialah yang merakam video Bella dan saya dengar di mahkamah dia juga yang sebarkan kepada pihak lain….saya terkejut,” katanya.

Mengulas mengenai kecederaan Bella, Siti Bainun mengatakan bahawa bekas penghuni Rumah Bond bernama Balqis telah bergaduh dengan Bella dan menyebabkan mereka berlari dari ruang tamu ke dapur ke bahagian dobi di mana termos diletakkan.

“Semasa berlari Yasmin (bekas penghuni Rumah Bonda) turut masuk campur dan terlanggar almari yang menempatkan thermos sehingga ia jatuh ke arah Bella selai air panas dari termos tumpah pada Bella dan almari.
“Saya juga telah membawa Bella ke Klinik bagi mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan. Kerana itu jugalah pada sambutan hari Raya luka Bella telah kering sebab telah di rawat.
“Tiada sebarang kecederaan baru pun pada Bella sebab itulah satu-satunya kejadian yang berlaku,”ceritanya.

Untuk pengetahuan, perbicaraan bela diri Siti Bainun berhubung kes pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom down, Bella, di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung lagi esok.

Siti Bainun berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber:  Berita Harian (Mahaizura Abd Malik)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Sosial

Permintaan seorang anak yatim piatu, Abdur Rahman, 21, untuk menyunting foto pernikahannya dengan memasukkan semua ahli keluarga yang telah meninggal dunia meruntun hati ramai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd