Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

“Saya Tidak Mahu Jadi PM Tetapi Lindungi Penjenayah Atau Perasuah” – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa sekiranya tiada tindakan profesional dan tegas diambil terhadap sebarang salah laku atau rasuah, maka negara tidak mungkin dapat diselamatkan.

Foto: KBSMalaysia

Menurut satu laporan Malaysiakini, Anwar mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengambil tindakan tegas mengikut fakta yang jelas terhadap penjenayah atau pesalah rasuah tanpa mengira status mereka demi untuk menegakkan keadilan.

“Saya tidak mahu jadi Perdana Menteri tetapi melindungi penjenayah atau perasuah. Jadi pastikan tindakan itu profesional, adil dan tidak menghukum sebelum ada fakta dan lihat kepada sudut undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Anugerah Sukan Negara 2023 di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil di Kuala Lumpur yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Timbalannya Adam Adli Abd Halim, semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: KBSMalaysia

Anwar juga berkata, rakyat harus faham sekiranya siasatan kes jenayah dan rasuah mengambil masa yang lama untuk diselesaikan kerana perkara tersebut bagi memastikan siasatan dapat dilakukan dengan adil dan tanpa melindungi mana-mana pihak.

“Saya singgung perkara ini secara langsung dalam majlis ini kerana yang menjadi mangsa juga adalah ahli sukan yang giat dalam olahraga.
Jadi jaminan itu penting supaya ada perasaan semua rakyat, baik ahli sukan ataupun penjawat awam bahawa ada tindakan tegas,” ujarnya yang juga Menteri Kewangan.

Foto: KBSMalaysia

Untuk makluman, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2023 yang diumumkan oleh Transparency International Malaysia (TI-M) menunjukkan negara mencapai 50 mata pada 2023 berbanding 47 mata tahun sebelumnya, namun Presiden TI-M Dr Muhammad Mohan menyatakan kebimbangannya terhadap kedudukan CPI 2024 yang dijangka akan merosot.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi...

Filem

Filem aksi tempatan arahan Razaisyam Rashid, Tarung: Unforgiven mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM10.5 juta hanya dalam tempoh seminggu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd