Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Saya Tak Jalin Hubungan Sulit, Saya Akui Terlanjur Batasan”- Adam Levine

Sejak semalam, tular di laman sosial apabila penyanyi yang juga vokalis Maroon 5, Adam Levine dikatakan menjalin hubungan sulit dengan seorang model disaat isterinya sedang hamil anak ketiga.

Bagaimanapun, menerusi hantaran di IG story Levine, dia telah mengakui kesilapannya namun menafikan melakukan curang di belakang isterinya iaitu Behati Prinsloo.

“Banyak perkara mengenai saya yang diperkatakan sekarang dan saya ingin jelaskan. Saya dah melakukan kesilapan apabila bercakap dengan orang lain selain isteri saya, dalam cara yang tidak sepatutnya.
“Saya tak ada sebarang hubungan sulit, tetapi, saya akui, terlanjur daripada batasan yang mana membuatkan saya kesal,” jelasnya.

Tambah penyanyi yang berusia 43 tahun itu lagi, dia sudah mengambil langkah yang seterusnya untuk memperbaiki hubungan bersama isterinya demi menyelamatkan rumah tangganya itu.

Katanya, dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama dan akan bertanggungjawab sepenuhnya demi memulihkan kembali keadaan seperti sedia kala.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Isteri dan keluarga saya adalah perkara yang menjadi keutamaan saya di dalam dunia ini. Untuk merisikokan perkara ini dengan melakukan perkara bodoh sebegini adalah kesilapan terbesar yang pernah saya lakukan.
“Saya takkan ulanginya lagi. Saya akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya. Kami akan melalui proses ini bersama-sama,” tulisnya.

Terdahulu dakwaan Levine curang telah didedahkan oleh model tersebut dikenali Sumner Stroh selepas wanita berkenaan memuat naik mesej perbualan mereka di TikTok.

Sumber: Instagram @adamlevine

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Sosial

“Baca doa yah… tolong… dah sampai ni dah!” – jeritan penuh cemas seorang wanita dalam video tular mengundang sebak ramai apabila suasana panik banjir...

Sosial

Pada tahun lalu, ramai meruntun dengan kisah seorang bayi lelaki Muhammad Al Fateh, yang maut akibat kecuaian pihak taska segar. Bayi berusia lapan bulan...

Lokal

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar menegaskan tindakan tegas terhadap pelajar sekolah perlu dilakukan bagi mengelakkan mereka terlibat dalam kegiatan jenayah atau salah laku....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd