Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

“Saya Nasihatkan PAS Bertaubat, Tidak Terus Sebarkan Fitnah” – Kor Ming

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menasihatkan pemimpin PAS agar bertaubat dan tidak merosakkan keharmonian kaum di Malaysia.

Nasihat PAS bertaubat

Nasihat PAS bertaubat

Foto: Facebook Nga Kor Ming

Menurut laporan malaysiakini, beliau turut menasihati rakyat untuk mengelak daripada pihak yang menggunakan agama bagi kepentingan politik dan menyebabkan perpecahan.

“Saya menasihatkan parti PAS agar bertaubat dan tidak terus menyebarkan fitnah.
“Saya baru sahaja menerima permohonan maaf dan bayaran guaman RM5,000 daripada Pesuruhjaya PAS Perak atas fitnah yang dilemparkan kepada saya,” katanya.

Walaupun tidak menyebut secara jelas, Kor Ming dipercayai merujuk kepada permohonan maaf daripada Razman Zakaria berhubung fitnah mengaitkan Pengerusi DAP Perak itu dengan insiden mengibar bendera negara China di Teluk Intan, Oktober lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terbaru, Naib Ketua Pemuda PAS, Muhammad Hanif Jamaluddin, mempersoalkan video nyanyian Krismas yang menunjukkan kehadiran individu beragama Islam di kementerian yang diterajui Kor Ming.

Nasihat PAS bertaubat

Foto: Facebook Nga Kor Ming

“Ini mencerminkan semangat hormat-menghormati dan keharmonian di antara kakitangan kami, yang menjadi prinsip asas sebuah kerajaan yang baik.
“Kepelbagaian budaya adalah kekuatan dan keistimewaan negara kita, khususnya dalam masyarakat berbilang kaum,” jelasnya.

Kor Ming menegaskan kementerian di bawahnya telah meraikan semua perayaan utama sejak beliau menjadi menteri.

“Hormat dan ihsan adalah dua prinsip utama yang menjadi tunjang pentadbiran kami,” katanya.

Beliau mengkritik kenyataan parti PAS yang mengucapkan selamat Krismas tetapi cuba menyekat sambutan di tempat lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Nga Kor Ming Terima Ugutan, Nota Bertaburan Di Kediaman Ibu Bapa

“Ini jelas menunjukkan sikap hipokrit. Saya menasihatkan rakyat Malaysia agar menjauhi pihak-pihak yang menggunakan agama untuk kepentingan politik dan menimbulkan perpecahan.
“Kita perlu menghayati titah Yang di-Pertuan Agong, yang menegaskan bahawa kepelbagaian budaya adalah keistimewaan tanah air kita,” tegas Kor Ming.

Beliau berjanji akan terus meraikan perayaan bersama semua masyarakat, termasuk menjemput pemimpin PAS ke sambutan Aidilfitri.

“Semoga mereka turut membawa kompang dan menyertai kita dalam semangat perpaduan,” katanya lagi.

Sumber: malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Nasional

Di sebalik seragam dan disiplin ketenteraan, tersimpan impian yang selama ini mungkin tertangguh demi tugas dan negara. Kini menerusi program Work-Based Learning (WBL) Kementerian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd