Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Saya Mahu Jadi Diri Sendiri, Bukan ‘The Next Rodtang’ – Johan Ghazali

Petinju Muaythai negara, Muhammad Johan Ghazali bin Zulfikar memberitahu mahu jadi diri sendiri selepas dibandingkan dengan jaguh Muay Thai terkenal dari Thailand, Rodtang Jitmuangon susulan kemenangannya ‘knockout 36 saat’ ke atas Edgar Tabares, Sabtu lalu.

Menurut laporan onefc.com, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo enggan untuk diingati sebagai ‘Rodtang seterusnya’ (the next Rodtang), tetapi mahu menjadi ‘Jojo yang pertama’.

Johan Ghazali mahu jadi diri sendiri

Artikel lain: Johan Ghazali Terus ‘Mendunia’, Perlu 36 Saat Tumpaskan Edgar Tabares

“Tetapi saya tidak mahu diingati sebagai Rodtang seterusnya… saya mahu diingati sebagai ‘Jojo yang pertama’, Johan Ghazali yang pertama.
“Jadi, saya bersyukur. Saya berbesar hati… bukan (bermaksud) berada pada tahap yang sama dengannya (Rodtang), tetapi disebut dengannya. Tetapi ya, saya mahu menjadi diri saya sendiri,” katanya.

Meskipun ramai peminat tidak sabar untuk menantikan perlawanan dengan ‘The Iron Man’ itu, namun Jojo tidak mahu tergesa-gesa untuk bertarung dengan  Juara Dunia ONE Flyweight Muay Thai tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujar petarung yang berusia 17 tahun itu, dia mahu meraikan setiap kemenangannya selepas menentang dengan pencabar yang lain.

“Sudah tentu, dalam masa beberapa tahun, siapa tahu? Saya mempunyai matlamat untuk bertarung dengan sesiapa dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang, tetapi saya akan bergerak secara perlahan-lahan dan naik ke ranking. Saya tidak mahu terlalu cepat.
“Jadi ya, sesiapa sahaja boleh berada dalam senarai saya. Sesiapa yang menghiburkan, sesiapa yang kecoh, sudah tentu saya mahu lawan mereka,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Jojo berkata dia perlu kembali ke rumah untuk mendapatkan lesen memandu selain perlu menghabiskan zaman persekolahannya pada Februari 2024.

“Kalau ikutkan saya, minggu depan pun saya nak lawan. Tetapi saya perlu pulang. Saya perlu mendapatkan lesen memandu saya. Saya kena habiskan sekolah terlebih dahulu.
“Saya akan menamatkan persekolahan pada bulan Februari, jadi mungkin Mac (baru boleh lawan), saya tidak tahu.
“Apabila saya tamat sekolah nanti, saya akan kembali (bertarung) secepat mungkin,” kata Johan sambil menambah bahawa dia terbuka untuk bertarung dengan mana-mana ‘striker’ flyweight yang terbaik.

Terdahulu, Jojo berjaya menumpaskan Tabares dengan pukulan ‘knockout’ (KO) pada pusingan pertama dalam pertarungan ONE Fight Night 17 di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, Thailand.

Sumber: onefc.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas adik ipar usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli iaitu Anes Ayunie kini berada dalam keadaan stabil selepas mengalami komplikasi ‘placenta accreta’ sejurus...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang tular susulan dakwaan menghina penduduk China ketika melancong ke negara itu baru-baru...

Lokal

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh jaringan akademik dan industri kreatif antarabangsa menerusi Program Lawatan Secara Bersemuka Profesor Adjung Erik Knudsen 2026 yang...

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd