Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Aiskrim Dijadikan Umpan, Sarjan Tentera Disyaki Cabul Kanak-Kanak Lima Tahun

Seorang anggota tentera berpangkat sarjan direman selama lima hari oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes cabul membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang didakwa berlaku Januari lalu.

Sarjan cabul budak 5 tahun

Menurut laporan Malaysia Gazette, perintah reman terhadap lelaki berusia 32 tahun itu yang juga bapa kepada seorang anak, dikeluarkan oleh Majistret Dr. Teoh Shu Yee. Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

sarjan

Foto: Malaysia Gazette

Difahamkan, suspek sebelum ini turut menghadapi lima pertuduhan termasuk merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berusia 13 tahun yang juga kakak kepada mangsa.

Artikel lain: Cabul Budak Dalam Masjid, Lelaki OKU Tukar Pengakuan Kepada Tidak Bersalah

Menurut sumber, kejadian melibatkan mangsa berusia lima tahun itu dipercayai berlaku pada petang Januari lalu, namun hanya terbongkar pada 9 Julai selepas mangsa menceritakan kepada ibunya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang dari tadika sebelum didatangi suspek yang dikenali keluarga. Suspek dikatakan membawa mangsa bersiar-siar menaiki kereta di kawasan perumahan, kemudian mengajaknya membeli aiskrim.
“Suspek kemudian memeluk, mencium pipi dan mulut serta menyentuh kemaluan mangsa,” katanya.
sarjan

Foto: Sinar

Mangsa yang juga anak bongsu daripada lima beradik itu turut meaklumkan kejadian sama kerap berlaku, dan sarjan tersebut sering mengumpan dengan aiskrim sebelum melakukan perbuatan tersebut.

Susulan maklumat diterima, polis menahan suspek petang semalam dan membawanya untuk mendapatkan perintah reman hari ini.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd