Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cabul Budak Dalam Masjid, Lelaki OKU Tukar Pengakuan Kepada Tidak Bersalah

Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor, menukar pengakuannya kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ampang, hari ini.

Foto: Berita Harian

Menurut laporan Berita Harian, Muhammad Adam Haiqal Abdullah, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan semula oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.

Ketika ditanya, tertuduh menjawab, “Faham, tak salah”.

Mahkamah sebelum ini telah menetapkan tarikh untuk menjatuhkan hukuman selepas tertuduh mengaku bersalah pada 27 Februari lalu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang juga penganggur didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun lapan bulan di Masjid Sungai Masin, Kampung Sungai Masin, Batang Kali sekitar jam 6.20 pagi pada 21 Februari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sakit kesalahan.

Foto: Berita Harian

Susulan penukaran pengakuan tertuduh, Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie, memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk serahkan dokumen berkaitan kes.

Peguam tertuduh, Lingswaran Singh turut memaklumkan bahawa pihaknya akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan terhadap anak guamnya.

Bagaimanapun, Norshila menegaskan bahawa permohonan representasi hanya boleh dikemukakan selepas serahan dokumen pada 29 April ini.

Dalam prosiding sebelum ini, pihak pendakwaan mencadangkan agar tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, tertuduh memaklumkan bahawa tiada waris hadir untuk membuat jaminan.

Berikutan itu, tertuduh kini ditahan di Pusat Koreksional Puncak Alam sementara menunggu prosiding seterusnya.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki OKU yang mengalami masalah pendengaran ditahan kerana disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menunaikan solat di saf belakang ruang solat wanita di masjid berkenaan.

Sumber: Berita Harian (Suraya Roslan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular satu video di media sosial seorang pengulas politik Amerika Syarikat (AS) memperlekehkan Malaysia sebagai sebuah negara yang miskin menyebabkan berlakuknya ketidakpuasan dalam kalangan...

Dunia

“Melayu tiada duit beli barangan China.” Itulah sindiran tajam yang dilemparkan oleh pengulas politik konservatif Amerika Syarikat, Bill O’Reilly, ketika memperlekeh lawatan rasmi Presiden...

Lokal

“Kena korek tabung vaksin jawabnya…”, demikian kata pendakwah bebas, Mohd Rasyiq Mohd Alwi, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq berkaitan diperintahkan membayar RM2.5...

Sosial

Seorang individu yang sudah berkhidmat 21 tahun dengan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah telah berkongsi rasa apabila...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd