Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sarjan Ditemui Meninggal Dunia Dengan Tiga Kesan Tembakan Bahagian Leher, Dada & Kepala

Seorang anggota polis berpangkat Sarjan telah disahkan meninggal dunia dengan tiga kesan tembakan di bahagian leher, dada dan kepala yang dipercayai berlaku di kawasan belakang Balai Polis Bayan Lepas, petang semalam.

Menurut laporan Berita Harian, difahamkan kejadian itu berlaku pada jam 3.30 petang dan turut menemui sepucuk pistol berhampiran dengan mayat mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, mangsa yang berusia 51 tahun merupakan anggota yang bertugas di balai polis berkenaan.

“Mangsa ditemukan meninggal dunia dengan kesan tembakan pada leher, dada dan kepala. Polis juga menemukan sepucuk pistol bersama mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya memaklumkan pasukan forensik telah dikerahkan di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan yang lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, orang ramai dinasihati supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi susulan insiden tersebut.

Sumber: Berita Harian (Zuhainy Zulkiffli)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd