Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

“Sanusi Ke Jepun Untuk Urusan Rasmi, Bukan Pergi Bercuti..” – Pejabat MB Kedah

Pejabat Menteri Besar (MB) Kedah menafikan tuduhan terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa sedang bercuti di luar negara bersama isteri.

Foto: malaysiakini

Menurut laporan Berita Harian, pihaknya menjelaskan Muhammad Sanusi berada di Jepun atas urusan rasmi iaitu tinjauan pengurusan operasi takungan air bawah tanah yang dirancang akan melaksanakannya di Langkawi.

Tambahnya lagi, lawatan ke Kumamoto City pada Isnin lalu itu telah dirancang sejak April lagi sebelum banjir teruk melanda Kedah bersama kakitangan pengurusan dan teknikal Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Berita Harian

“Tular di media sosial Menteri Besar sedang bercuti di luar negara bersama isteri tatkala beberapa daerah di negeri ini sedang dilanda bencana banjir dan ribut. Memang benar Menteri Besar sedang berada di luar negara namun bukan atas tujuan bercuti atau melancong sebagaimana yang dituduh.

Untuk makluman, jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang daripada 1,942 keluarga dan tujuh daerah terjejas dengan mangsa ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pagi tadi,

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kota Setar adalah daerah paling teruk terjejas, dengan 2,424 mangsa, diikuti Kubang Pasu (1,537 mangsa) dan Pokok Sena (925 mangsa).

Menteri Besar Kedah juga mengumumkan bantuan awal RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah yang berpindah ke PPS.

Sumber: Berita Harian (M Hifzuddin Ikhsan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd