Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Sanusi Dakwa Kerajaan Tidak Fokus Masalah Negara, Reka Cerita Buruk Pembangkang

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa pihak kerajaan tidak memberi perhatian terhadap isu negara malah mereka cerita buruk mengenai pembangkang.

Menerusi laporan Utusan, Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu menyatakan bahawa hampir setiap hari pihak pembangkang diserang oleh kerajaan sekali gus menyifatkan mereka tidak menjalankan tugas utamanya.

Foto: Malaysia Kini

Dalam pada itu, Sanusi turut membuat perbandingan terhadap pemerintahan kerajaan terdahulu dibawah pimpinan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang hanya tertumpu kepada kemajuan negara dan bukan sebaliknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tanya Tan Sri (Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin) semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Kita tidak akan mempunyai waktu untuk reka keburukan orang lain kerana kita mempunyai waktu yang terhad untuk fikir macam mana nak membawa negara kedepan.
“Kalau sudah menjadi kerajaan tetapi mempunyai banyak waktu untuk merancang, memfitnah dan menghentam orang lain. Hang (kamu) tidak buat kerja,” katanya pada Khamis.

Selain menegaskan bahawa kerajaan hanya mampu menyerang tanpa melakukan tugasnya, Ahli Undangan Dewan Negeri (ADUN), Jeneri ini juga mengkritik fokus kerajaan yang hanya tahu mengecam sejak terlibat dalam politik.

“Dia (kerajaan) tidak tahu nak buat kerja lain maka bila sudah menjadi Kerajaan Persekutuan kerjanya pun masih terus menghentam kita,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Sanusi menjelaskan beliau memiliki masa yang terhad terhadap negeri di bawah pimpinannya sekali gus menolak untuk terus melayani kritikan daripada pihak kerajaan.

Foto: IG Sanusi

Susulan itu, beliau berkata negara dijangkakan mengalami kemerosotan sekiranya sikap kerajaan yang memerintah pada hari ini terus dibiarkan.

Sumber: Utusan Malaysia (Arif Aiman Asrol)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd