Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Buru 2 Suspek Samun Kediaman Guna Senjata Di Muar

Pihak polis Daerah Muar telah menerima laporan kejadian samun kediaman guna senjata secara berkumpulan di Taman Sri Treh, Muar, Johor pada 17 Disember 2024, jam 6.20 petang.

Rakaman CCTV kejadian samun bersenjata

Menerusi satu kenyataan rasmi, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz memaklumkan polis telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan tersebut dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Samun Kediaman Guna Senjata

Difahamkan, kenderaan yang digunakan oleh suspek telah dijumpai di Jasin, Melaka pada keesokan harinya, 18 Disember 2024, kira-kira jam 11.30 pagi.

Terdahulu, tular rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan dua lelaki memakai pelitup muka disyaki merompak sebuah rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kedua-dua suspek didakwa memasuki rumah ketika pemiliknya sedang berehat dan cuba membawa lari barangan berharga.

Artikel lain: Dua Suspek Samun Rumah Pemain Bola Sepak Berjaya Diberkas, Tiada Kaitan Dengan Insiden Lain

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

“Orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Seventhi Panner di talian 011-1625 1909.
“Mereka juga boleh menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di talian 06-9526001 bagi membantu siasatan polis,” katanya dalam kenyataan.

Sumber: Facebook Polis Daerah Muar, Komuniti Johor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Lokal

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang...

Sosial

Himpunan RXZ Members 8.0 mencipta sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih 200,000 peserta, sekali gus menjadi edisi paling besar sejak program itu diperkenalkan pada 2017....

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd