Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan Diadakan Di Johor Bahru

Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan diadakan di Johor Bahru bermula 23 Mei sehingga 26 Mei 2024 di Pusat Beli Belah Angsana, Johor Bahru dari 10 pagi hingga 10 malam.

Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) kali ini merupakan yang kedua kali diadakan selepas kali pertama berlangsung di Kuching, Sarawak tahun lalu.

Sebagai wadah perpaduan buat semua

YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan memaklumkan yang SMP ini mampu menjadi wadah perpaduan sekaligus mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat.

“Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan mampu menjadi wadah perpaduan dan tapak integrasi yang berlandaskan pendekatan terpilih serta berkesan sehingga ke peringkat akar umbi untuk memperkukuh sekali gus mengeratkan hubungan masyarakat dalam usaha memelihara ekosistem perpaduan,” ujarnya.

Akan dirasmikan oleh Perdana Menteri

Pastinya pelbagai program menarik disediakan selama empat hari ia berlangsung dan kemuncaknya sudah tentu sewaktu kehadiran Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bagi menyempurnakan majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan pada 25 mei 2024 jam 8 malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan

Antara program yang menawarkan pengisian akitiviti menarik dan interaktif kepada para pengunjung ialah; pameran rumah KAMI (22 rumah etnik)  Perkampungan Orang Asli suku kaum Seletar, Mahmeri dan Semai; Perkampungan Rumah Panjang suku kaum Iban; pameran jabatan dan agensi Kerajaan dan swasta; jualan Rahmah; pameran dan jualan produk-produk Kawasan Rukun Tetangga (KRT) progresif; Larian Uniti (Uniti Fun Run); foodunites dan foodtruck; permainan e-sports dan banyak lagi.

Dalam pada itu, SMP juga membolehkan orang ramai untuk membuat pertukaran topi keledar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); mendapatkan pengurangan kadar kompaun saman oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM); dan menyaksikan persembahan artis terkenal melalui Malam Irama Sama-Sama Kita.

Susulan daripada itu, pihak KPN mengajak orang ramai khususnya rakyat Johor untuk sama-sama memeriahkan lagi Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan ini yang belangsung selama empat hari.

Sambutan ini juga merupakan satu peluang yang sangat berharga untuk kita semua bersama-sama memperkasakan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain...

Spotlight

Pelakon Jennifer Coppen titip ucapan terima kasih kepada semua orang yang hadir ke acara menabur abu mayat suaminya, Yitta Dali Wasink di Pantai Lembeng,...

Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa semua pihak menghentikan penyebaran poster atau perkara tidak rasmi berkaitan atlet negara di media sosial yang akan...

Bisnes

Platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara, Shopee Pte Ltd (Shopee) mengumumkan akan menyemak semula yuran transaksi untuk penjual daripada 2.0 peratus kepada 3.5 peratus...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd