Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Polis Tahan Wanita Usia 41 Tahun, Cuba Ganggu Sambutan Hari Kebangsaan Di Perak

Acara sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak di Ipoh pagi tadi kecoh seketika apabila seorang wanita berusia 41 tahun naik ke pentas utama ketika lagu kebesaran negeri sedang berkumandang.

Sambutan Hari Kebangsaan Di Perak

Sambutan Hari Kebangsaan di Perak tular

Memetik laporan daripada Berita Harian, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin menyatakan wanita tempatan itu masuk melalui bahagian tepi pentas dan cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah, sebelum berjaya ditahan anggota keselamatan yang bertugas.

“Suspek ditahan di lokasi kejadian dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. Ujian air kencing mendapati dia negatif dadah,” katanya.

Sambutan Hari Kebangsaan di Perak diceroboh wanita ada rekod rawatan psikiatri

Walaugaimanapun, semakan awal mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah serta rekod rawatan psikiatri dan kini berada di bawah pengawasan pakar.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Pearly-Thinaah Bakar Semangat Merdeka, Lakar Sejarah Ke Final Kejohanan Dunia!

Datuk Noor Hisam turut menasihatkan orang ramai agar menghormati majlis rasmi kenegaraan serta tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan keselamatan.

Sumber: Berita Harian (Muhammad Zulsyamini Sufian Suri)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Sukan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai antara prospek terbaik sukan permotoran negara ketika ini kerana memiliki kemampuan untuk bersaing...

Nasional

Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun pada kadar bayaran RM350 yang dijangka dilaksanakan tahun ini. Ketua Pengarah Imigresen,...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd