Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sambutan Hari Jadi Bertukar Tragedi, Bunga Api Dan Mercun Punca Dewan Terbakar

Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkenaan kebakaran yang berpunca daripada percikan mercun dan bunga api di Dewan Arena Square, Jalan Raja, Teluk Intan, pada Ahad.

Foto: Balai Bomba Teluk Intan

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri menjelaskan lelaki warga tempatan berusia 24 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Teluk Intan kira-kira jam 3 petang, semalam.

Ahmad Adnan berkata, dewan yang terbakar itu disewa daripada Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) bagi mengadakan sambutan ulang tahun oleh individu tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Acara berkenaan dihadiri sekitar 500 tetamu dan penganjur telah menyediakan pelbagai jenis mercun serta bunga api untuk digunakan tetamu.
“Siasatan awal dijalankan bersama pasukan forensik bomba mendapati, kebakaran berkemungkinan berpunca daripada percikan bunga api yang ditembak ke arah bumbung dewan tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Foto: Balai Bomba Teluk Intan

Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan menerima panggilan berkenaan kejadian yang melibatkan bahagian bumbung dewan terbakar 20 peratus pada jam 11.09 malam.

Namun begitu, insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada mangsa yang terlibat.

Ahmad Adnan turut berkata semakan lanjut mendapati, lelaki yang bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat lori itu tidak memiliki lesen yang sah untuk menggunakan bunga api dan mercun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Balai Bomba Teluk Intan

Tambahnya lagi, polis akan mendapatkan perintah reman bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 atas tuduhan memiliki dan menggunakan bahan letupan tanpa lesen.

“Anggaran jumlah kerugian masih dalam siasatan.
“Orang ramai diingatkan agar tidak sewenangnya menggunakan mercun atau bunga api tanpa kebenaran bagi mengelak insiden tidak diingini seperti ini berlaku,” katanya.

Sumber: Sinar Harian (Normawati Adnan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd