Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Salurkan Bantuan, TNB Tanggung Kos Rawatan & Perubatan Kanak2 Melecur

Tenaga Malaysia Berhad (TNB) memaklumkan yang pihak mereka akan menanggung kos rawatan dan perubatan serta menyalurkan bantuan kepada seorang kanak-kanak yang dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas terkena percikan akra di pencawang elektrik (PE) Sri Bayu Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Bantu ringankan beban keluarga mangsa

Menerusi satu kenyataan, wakil pengurusan dari pihak TNB  pun menyantuni ibu bapa mangsa di Hospital Besar Pulau Pinang hari ini. Dalam lawatan itu, Head of Zone Asset, TNB Pulau Pinang, Ir. Anan Eyam turut menyampaikan bantuan pendahuluan segera kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban mereka.

“Dalam lawatan itu, Head of Zone Asset, TNB Pulau Pinang, Ir. Anan Eyam turut menyampaikan bantuan pendahuluan segera kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban mereka.
“Mangsa yang melecur anggota badan sedang dirawat di bilik isolasi, Unit Rawatan Rapi (ICU), di hospital berkenaan,”ujarnya.

tnb

TNB tubuhkan pasukan siasat kes melecur

Difahamkan, mangsa yang berusia 12 tahun sedang dirawat di bilik isolasi, Unit Rawatan Rapi (ICU), di hospital berkenaan.

Susulan kejadian itu, TNB bekerjasama dengan pihak PDRM dan Suruhanjaya Tenaga bagi membantu siasatan dan telah menubuhkan pasukan siasatan dalaman selaras dasar operasi syarikat yang memberi keutamaan kepada keselamatan.

tnb

Artikel lain: Budak Melecur Masuk Bilik TNB Sedang Kritikal, Ditidurkan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, bapa kepada Mohd Dawisy Zarif memaklumkan yang anaknya melecur sehingga 50 peratus dan kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dan ditidurkan.

Sumber: Tenaga Nasional Berhad

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mendedahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalaninya menunjukkan beliau mempunyai keturunan India. Perkara itu dikongsikan Prabowo ketika berucap di hadapan...

Lokal

Pengorbanan Allahyarham Prebet Siti Khadijah Sungip yang terkorban ketika menjalani latihan ketenteraan dihargai apabila beliau dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal secara anumerta. Tentera Darat...

Sukan

Ketua jurulatih Mesir, Hossam Hassan meluahkan kekecewaan mendalam terhadap mutu pengadilan selepas pasukannya tersingkir daripada saingan Piala Dunia apabila tewas 3-2 kepada Argentina dalam...

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd