Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Salman Khan Beli Kereta Kalis Peluru, Dedah Sering Terima Ugutan Bunuh

Selebriti terkenal Bollywood Salman Khan mendedahkan dia sudah banyak kali menerima ancaman bunuh daripada kumpulan gangster yang diketuai oleh  Lawrence Bishnoi dan Goldy Brar.

Disebabkan itu, aktor berusia 57 tahun itu bertindak dengan membeli sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu yang kalis peluru.

Memetik portal antarabangsa, pemilik nama Abdul Rashid Salim Salman Khan membeli kenderaan berwarna putih yang dikatakan diimport secara peribadi dari luar negara.

Ini kerana syarikat berkenaan tidak mengeluarkan model sama di  India.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Salman berharap dengan pembelian kenderaan itu dapat membolehkan dia bergerak di sekitar Mumbai dengan selamat kerana ia mampu mengelakkan diri dan meningkatkan keselamatan daripada ancaman bahaya.

Terdahulu, Salman mendedahkan dia terpaksa mengetatkan kawalan keselamatan apabila sekali lagi berdepan ugutan berkaitan kes pembunuhan pada 1988.

Bagaimanapun, individu tersebut sudah pun berada dalam penjara.

 

Sumber: India Times
Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd