Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Sakura Sedih Agensi Minta LE SSERAFIM Kurangkan Berat Badan -“Dah Nampak Tulang Pun!”

Pasti ramai sedia maklum bahawa menjadi seorang idola K-Pop bukanlah sesuatu perkara mudah. Selain mempunyai bakat dalam nyanyian dan tarian, penampilan fizikal mereka juga merupakan aspek yang amat diambil berat.

Terbaharu. kumpulan LE SSERAFIM telah melancarkan dokumentari “The World is My Oyster” yang memaparkan proses debut kelima-lima orang ahli iaitu Sakura, Kim Chae-won, Huh Yun-jin, Kazuha dan Hong Eun-chae.

Dalam episod ketiga, kesemua ahli meluahkan rasa tertekan dek kerana beberapa perkara yang harus mereka sempurnakan sebelum debut terutama agensi HYBE meminta mereka menurunkan berat badan.

“Tetapi pada akhirnya, pengurusan diri terpulang kepada awak. Saya fikir kamu semua memerlukan masa untuk memikirkan semula betapa pentingnya ini dan untuk awak menguruskan diri sendiri dengan tegas.”kata ketua pengurusan artis  agensi HYBE, Kim Hyung.

Kemudiannya, salah seorang ahli tertua LE SSERAFIM iaitu Sakura mengatakan dia beras sedih apabila melihat semua ahli ‘terseksa’ untuk menerunkan berat badan masing-masing. Luahan oleh Sakura itu diiringi oleh titisan air mata.
“Saya kecewa. Kami telah bekerja kerasa selama ini. Saya tidak mahu kami mengalami tekanan disebabkan perkara seperti ini. Saya sendiri telah melihat ahli lain bergelut dan dikritik kerana perkara ini. Saya fikir kami kena cuba bersungguh-sungguh dengan lebih keras lagi,”luah Sakura.

Selain itu, ahli lain iaitu Kim Chae-won yang pernah debut dalam kumpulan IZ*ONE mneyatakan pendapatnya mengenai isu tersebut.

“Saya setuju. Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan ahli kumpulan yang lain walaupun mempunyai menu makanan yang berbeza daripada mereka. Seperti yang dikatakan oleh Sakura, ia tidak perlu dikesalkan. Ini semua untuk kebaikan kami sendiri. Jadi, saya tak rasa kami akan mengambil perkara tersebut dengan mudahnya.”ujarnya.

Bagaimanapun, rata-rata peminat meluahkan rasa marah dan berang dengan mengatakan ahli kumpulan tersebut sudah kurus dan tidak perlu menurunkan berat badan mereka.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat menjadi seorang artis K-Pop adalah sangat menyusahkan dan dilihat sebagai satu eksploitasi terhadap wanita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Youtube HYBE Labels

Written By

Jadi diri sendiri

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Baru-baru ini, tular sebuah video detik cemas yang dialami oleh penumpang apabila pintu kecemasan pesawat salah sebuah syarikat penerbangan telah dibuka sebelum mendarat dengan...

Spotlight

Anggota kumpulan tersohor Korea Selatan, BLACKPINK iaitu Lisa mendedahkan dirinya enggan dan malu berkongsi foto berbikini setiap kali bercuti di pantai. Lisa dalam satu...

Spotlight

Selebriti popular Indonesia, Raffi Ahmad mahu menjual jet peribadinya yang dibeli sekitar setahun lalu telah berjaya menarik perhatian ramai. Menerusi hantaran yang dimuat naik...

Lokal

Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Allahyarham Awang Askandar Ampuan Yaacub selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Benoni, Papar petang tadi. Menurut laporan...

Advertisement