Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Saksi Lihat Zayn Di Blok R, Masih Hidup Pada Petang 5 Disember Selepas Hilang

Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dilihat masih hidup oleh dua saksi selepas lima jam dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, saksi yang juga dua kanak-kanak berkata Allahyarham Zayn Rayyan masih hidup dan sempat melihat kelibatnya  di tingkat dua dan tiga di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua saksi kanak-kanak itu berjaya dikesan menerusi pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) secara besar-besaran baru-baru ini.

“Siasatan mendapati dua kanak-kanak ini mendakwa ternampak Zayn Rayyan di tingkat dua dan tiga Blok R pada petang 5 Disember lalu.

Maklum beliau, setakat ini pihak polis telah mengambil 10 sampel DNA dan ia sekaligus menjadikan ia sebanyak 238 sampel.

Zayn masih hidup

Artikel lain: Petunjuk Suspek Kes Zayn Rayyan Ditemui – Ketua Polis Selangor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kelmarin, polis memaklumkan pihaknya telah menemui sehelai stoking di kawasan takungan air berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan ditemui pada 6 Disember lalu.

Bagaimanapun, pihaknya tidak dapat mengenal pasti sama ada stoking berkenaan adalah milik kanak-kanak tersebut atau sebaliknya.

Zayn masih hidup

Terdahulu, Zayn ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, kira-kira jam 10 malam.

Mangsa disahkan dibunuh berdasarkan kesan kecederaan pada leher dan badan. Sehingga kini, pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan suspek terlibat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sumber: Sinar Harian ( Muhammad Aminnuraliff)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd