Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Sah! Song Joong-ki Dah Jumpa Pengganti, Pilih Wanita British Sebagai Kekasih

Pelakon terkenal Korea Selatan, Song Joong-ki telah mengejutkan ramai apabila dia mengesahkan sedang dilamun cinta bersama seorang wanita British yang bukan daripada kalangan artis.

Khabar itu disahkan sendiri oleh agensi, HighZium Studio yang memaklumkan pasangan itu dilaporkan berjumpa melalui kenalan mereka pada tahun lalu.

Bukan itu sahaja, khabar gembira itu menjadi lebih hangat apabila baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan pelakon itu pulang dari Singapura di lapangan terbang bersama dengan kekasih hatinya itu.

Difahamkan, wanita yang berambut perang itu menemani Joong-ki bagi menghadiri sidang akhbar bagi drama terbaharu lakonannya, Reborn Rich.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@calonmantugm

translator premium🤡 #songjoongki #songjongki #fyp #fypシ #fypage #GenshinImpact33 #masduda #vincenzo #rebornrich #sjk #foryoupage #송중기 #viral #kdrama

♬ Once Again – Amsyarleee

Bagaimanapun, pihak agensi meminta agar para peminat tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak masuk akal atau mengarut memandangkan hanya mereka sahaja yang boleh mengeluarkan kenyataan rasmi buat pelakon itu.

Sekadar info, Joong-ki pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres popular, Song Hye-kyo pada 2017 selepas sama-sama membintangi drama fenomena, Descendants of The Sun (2016).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pun begitu, rumah tangga mereka tidak kekal lama apabila pasangan selebriti itu disahkan telah bercerai pada Julai 2019 dah hasil perkahwinan itu, meeka tidak dikurniakan anak.

Sumber: AllKpop, TikTok @sempakuyun

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd