Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sagu Hati RM500 Untuk Pelajar Dapat 9A SPM – Kerajaan Kelantan

Kerajaan Kelantan akan memberikan sagu hati sebanyak RM500 kepada pelajar di negeri tersebut yang memperoleh keputusan 9A ke atas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Perkara itu diberitahu dan disahkan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi, Wan Roslan Wan Hamat.

Menurut laporan Sinar Harian, beliau berkata sumbangan tersebut akan diuruskan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) bermula 2 hingga 16 Jun ini.

Foto: Harakhah Daily

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pelajar bukan kelahiran Kelantan yang menduduki peperiksaan di Kelantan turut layak menerima kerana mereka telah menaikkan nama negeri menerusi keputusan cemerlang.
“Pelajar yang cemerlang dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang memperoleh keputusan Mumtaz akan turut diberikan sagu hati,” katanya ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di Kelantan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mendapat 5 prinsipal juga akan menerima sumbangan tersebut.

Malah, anak-anak kelahiran Kelantan yang berada di luar negeri Kelantan akan turut diberikan sagu hati jika mendapat keputusan sebagaimana syarat ditetapkan.

Beliau menambah, untuk maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Yayasan Islam Kelantan.

Foto sekadar hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, seramai 404 calon Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kelantan yang mendapat sekurang-kurangnya A- dan daripada jumlah itu seramai sembilan calon mendapat keputusan semua A+.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan dan Perancangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan Mohamad Abd Wahab berkata, jumlah itu mewakili 2.02 peratus keseluruhan calon sekolah kerajaan pada 2023.

Katanya, ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.7 peratus berbanding 1.32 peratus pada 2022.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Lokal

“Dua hari saya tak boleh tidur malam, setiap kali pejam mata, kejadian itu bermain dalam ingatan,” luah Megan, 42, saksi utama yang masih trauma...

Lokal

Seorang wanita meluahkan rasa lega selepas lelaki yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk dan khayal sehingga menyebabkan kematian suaminya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd