Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sabah Batal Sambutan Hari Malaysia Esok, Fokus Tangani Bencana

Sabah Batal Sambutan Hari Malaysia Esok

Kerajaan Sabah hari ini mengumumkan pembatalan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung di Padang Merdeka di Kota Kinabalu, malam esok berikutan bencana yang sedang melanda negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bencana yang berlaku akibat hujan berterusan telah menjejaskan sekurang-kurangnya tujuh daerah di Sabah.

Sabah Batal Sambutan Hari Malaysia Esok

Beliau berkata keutamaan segera kerajaan negeri adalah untuk mengurus krisis, menyelaras usaha pemulihan dan memastikan operasi menyelamat dilaksanakan dengan pantas bagi komuniti yang terjejas.

“Saya telah memaklumkan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman mengenai perkara itu.
“Dalam waktu sukar ini, kesejahteraan, kebajikan dan keselamatan rakyat paling utama. Segala fokus dan sumber mesti ditumpukan kepada mereka yang terkesan,” katanya menerusi kenyataan di Kota Kinabalu, hari ini.

Artikel lain: PM Umum Bantuan Segera Disalur Kepada Mangsa Banjir Sabah & Sarawak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hajiji berkata beliau juga mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah supaya sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya dan bersiap sedia untuk tindakan segera memandangkan keadaan di lapangan terus berubah susulan cuaca buruk yang berpanjangan.

Katanya lagi, JPBN Sabah yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Safar Untong kini mengadakan mesyuarat untuk memantau perkembangan dan menyelaras tindakan segera di daerah-daerah terlibat.

“Orang ramai dinasihat supaya terus berwaspada, mematuhi nasihat keselamatan, serta memberi kerjasama penuh kepada pasukan penyelamat ketika usaha sedang dipertingkatkan di seluruh negeri,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd