Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

RUU MMM 2024 Boleh Jejaskan Matlamat Asal Jika Dikawal Kerajaan, Individu Berkepentingan Politik

Gerakan Media Merdeka (GERAMM) menyambut baik pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 yang diluluskan Rabu lalu sebagai badan mengawal selia media secara bebas dan memperkukuh kebebasan media serta meningkatkan tahap profesionalisme kewartawanan di negara ini.

Presiden GERAMM, Radzi Razak berkata, bagaimanapun kebimbangan utama adalah sejauh mana MMM benar-benar bebas daripada pengaruh kerajaan.

“Jika MMM dikawal oleh kerajaan atau individu yang berkepentingan politik, ia akan menjejaskan matlamat asal untuk memperkasa kebebasan media di Malaysia,” katanya kepada Borak Daily.

Radzi berkata, RUU ini boleh menjadi alat untuk memperkukuh kebebasan media sekiranya ia bebas dan berpandukan prinsip self-regulation oleh industri media sendiri.

“Namun, jika terdapat peruntukan yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk campur tangan dalam urusan media, ia berpotensi menjadi ancaman kepada kebebasan media.
“Perlu ada jaminan bahawa MMM tidak akan menjadi satu lagi instrumen kawalan kerajaan,” ujarnya apabila ditanya sekiranya RUU ini memperkukuh atau mengancam kebebasan media di Malaysia.
Dikawal Kerajaan

Presiden GERAMM, Radzi Razak

Berkongsi mengenai impak kepada media alternatif dan wartawan bebas, beliau berkata kewujudan MMM boleh membantu meningkatkan kredibiliti media alternatif dan wartawan bebas dalam industri, memastikan bahawa mereka beroperasi dengan standard etika yang lebih tinggi dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada landskap kewartawanan profesional di Malaysia.

“Memandangkan MMM bersifat sukarela dan tidak mewajibkan penyertaan, media alternatif dan wartawan bebas tidak akan dipaksa untuk berdaftar atau mematuhi peraturan tertentu.
“Ini memberi mereka fleksibiliti dalam menentukan sama ada ingin menyertai MMM atau tidak. Namun, bagi mereka yang memilih untuk menjadi sebahagian daripada MMM, terdapat beberapa manfaat yang boleh diperoleh.
“Antaranya adalah perlindungan dalam kes aduan berkaitan laporan berita, akses kepada latihan profesional, serta peluang untuk terlibat dalam aktiviti meningkatkan standard kewartawanan di Malaysia.
“Dengan adanya platform ini, wartawan bebas dan media alternatif yang sering berdepan dengan cabaran seperti ancaman undang-undang dan keselamatan boleh mendapatkan sokongan lebih kukuh dalam memperjuangkan hak dan kebebasan mereka,” katanya lagi.

Artikel lain: 18 Akaun TikTok Organisasi Media Disekat, MCMC Berhubung Dengan TikTok

Advertisement. Scroll to continue reading.
Dikawal Kerajaan

Pengamal media

Sementara itu, Radzi menjelaskan terdapat perbezaan RUU ini dengan akta berkaitan media yang sedia ada seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA), kerana ia bertujuan untuk membentuk satu badan kawal selia media yang sepatutnya dikendalikan oleh industri media sendiri.

“Jika masih wujud undang-undang drakonian seperti PPPA, Akta Hasutan, atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang boleh digunakan untuk menekan media, kewujudan MMM tidak akan membawa perubahan yang signifikan terhadap kebebasan media di Malaysia,” jelasnya.

Pada masa sama, GERAMM berharap MMM akan menyediakan program latihan yang tidak hanya tertumpu kepada organisasi media arus perdana tetapi juga merangkumi wartawan bebas dan media alternatif.

“Ini termasuk latihan dalam kewartawanan penyiasatan, etika media, keselamatan wartawan, serta penggunaan teknologi dan data dalam laporan berita.
“Selain itu, MMM juga perlu memastikan bahawa program pembangunan profesional tidak disalahgunakan untuk menapis atau mengawal naratif media, sebaliknya benar-benar bertujuan meningkatkan kualiti kewartawanan di Malaysia,” ujarnya.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Nasional

Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini mengumumkan tempahan sebanyak 30 pesawat Boeing 737 MAX yang mana ia menjadi satu langkah strategik yang disaksikan oleh...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd