Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Konflik Asia Barat: Ruang Udara Ditutup, Syarikat Penerbangan Perlu Jaga Kebajikan Penumpang Terkandas – CAAM

Ruang Udara Ditutup

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, langkah itu diambil atas faktor keselamatan dan keperluan mematuhi piawaian penerbangan antarabangsa.

“CAAM memantau secara rapat perkembangan semasa dan berhubung terus dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi memastikan kepentingan, keselamatan dan hak penumpang sentiasa terpelihara,” kata kenyataan itu.

Ruang Udara Ditutup, Syarikat Penerbangan Perlu Jaga Kebajikan

CAAM menasihatkan semua pengendali penerbangan yang berlepas dari atau tiba di Malaysia supaya mengambil langkah sewajarnya, termasuk memaklumkan penumpang tentang sebarang perubahan masa berlepas atau ketibaan serta menyediakan bantuan dan pilihan perjalanan alternatif bagi penumpang yang terjejas, selaras dengan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC).

Selain itu, pengendali digalakkan mengekalkan komunikasi jelas, tepat masa dan telus sepanjang tempoh gangguan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penumpang yang akan berlepas ke, dari atau transit di rantau terjejas disarankan menyemak status penerbangan secara berkala dan memastikan maklumat perhubungan terkini bagi menerima notifikasi penting.

Artikel lain: Risiko Ruang Udara, MH160 & MH156 Berpatah Balik Demi Keselamatan Penumpang

Tegas CAAM, penumpang yang merasakan hak mereka di bawah MACPC tidak dipenuhi perlu terlebih dahulu membuat aduan kepada syarikat penerbangan sebelum merujuk kepada saluran pengguna rasmi CAAM.

Pihak berkuasa itu menambah bahawa mereka akan terus memantau perkembangan di Asia Barat sambil bekerjasama dengan pihak industri bagi memastikan operasi penerbangan kekal selamat dan hak pengguna sentiasa dilindungi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Astro Awani (Firdaus Azil)

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Landskap keselamatan global semakin dinamik, dengan ancaman yang tidak lagi terhad kepada serangan fizikal atau bersenjata. Justeru, ukuran kekuatan sesebuah negara pada masa ini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd