Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

RTG Singkirkan Pandelela Rinong & Dhabitah, Tetap Ikuti Program Podium

Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri disingkirkan daripada program Road to Gold (RTG).

Ia susulan kegagalan dalam saingan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar pada bulan lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Penyelaras Jawatankuasa RTG, Datuk Stuart Ramalingam dalam satu sidang media hari ini selepas jawatankuasa tersebut selepas bermesyuarat di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Stuart berkata, kedua-dua atlet berkenaan sudah melakukan yang terbaik untuk membanggakan negara sepanjang tahun, malangnya mereka tidak berjaya mara ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tetapan kriteria program RTG yang jelas, jawatankuasa membuat keputusan untuk mengeluarkan Pandelela dan Nur Dhabitah daripada program RTG.
“Bagaimanapun, kedua-duanya akan terus menjadi sebahagian daripada Program Podium sebagai atlet elit negara.
“Jawatankuasa RTG akan terus memantau kemajuan mereka dan Program Podium akan bekerjasama rapat dengan atlet dan persatuan untuk memastikan Pandelela dan Nur Dhabitah menerima semua sokongan untuk mereka menemui semula rentak yang diharapkan sebelum dipertimbangkan semula untuk dimasukkan ke dalam program pada masa hadapan,” kata Stuart.

Pandelela  Dhabitah

Menurut Stuart, dengan penyingkiran kedua-dua atlet berkenaan daripada program RTG, alatan latihan yang dibiayai oleh RTG akan menjadi pelaburan jangka panjang yang akan memberi manfaat kepada semua penerjun kebangsaan.

“Dengan penyingkiran atlet ini daripada program RTG, alatan latihan yang dibiayai oleh RTG seperti platform latihan gim kering baharu (5m), pusat pemulihan khusus dan papan anjal baharu yang diluluskan FINA (akan tiba tidak lama lagi) akan menjadi pelaburan jangka panjang untuk manfaat kepada semua penerjun kebangsaan,” katanya.

Pandelela  Dhabitah

Sementara itu, Stuart turut mengumumkan penerjun lelaki, Bertrand Rhodict Lises yang menjadi wakil tunggal negara layak beraksi di Paris disenaraikan dalam RTG bagi membantunya melakukan persiapan menghadapi temasya terbesar itu.

Sumber: BH Online (Helmi Talkah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Sukan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai antara prospek terbaik sukan permotoran negara ketika ini kerana memiliki kemampuan untuk bersaing...

Nasional

Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun pada kadar bayaran RM350 yang dijangka dilaksanakan tahun ini. Ketua Pengarah Imigresen,...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd