Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Rosyam Nor Dilantik Duta Keusahawanan PKNS, Dilihat Mampu Beri Impak Baik

Pelakon dan selebriti terkenal yang juga usahawan berjaya, Dato’ Rosyam Nor dilantik sebagai Duta Keusahawanan sekali gus menjadi jurucakap PKNS.

Mampu beri impak baik bagi promosi aktiviti keusahawanan

Pelantikan tersebut dilihat mampu memberi impak yang lebih baik bagi mempromosikan aktiviti-aktiviti keusahawanan yang dijalankan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) kepada usahawan di seluruh negara khususnya di negeri Selangor.

Kredit foto: FB PKNS

Rosyam Nor dilantik Duta Keusahawanan PKNS, dilihat dari pengalaman dalam bidang usahawanan

Pemilihan bukan sahaja kerana namanya yang besar dalam industri hiburan, tetapi kerana pengalaman luas beliau hampir 20 tahun dalam bidang usahawan sebagai penerbit filem agro dan peruncitan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkara tersebut mampu menjadi ‘crowd puller’ kepada pengikut beliau di laman sosial memandangkan penggunaan media sosial sangat aktif di kalangan masyarakat kini.

Ia memudahkan untuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membuat hebahan mengenai program-program anjuran BPU menerusi semua platform hebahan sedia ada iaitu suratkhabar, radio, risalah, taklimat fizikal malah di semua peringkat platform digital.

Kredit foto: FB PKNS

Rosyam Nor Dilantik Duta Keusahawanan PKNS, akan banyak aktiviti bantu kembangkan perniagaan masyarakat

Difahamkan, PKNS memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan lagi kerjasama dengan agensi kerajaan serta swasta bagi mewujudkan ekosistem keusahawan yang holistik dan lestar dalam pembangunan sektor keusahawanan terutama di negeri Selangor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru itu, PKNS menerusi Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) telah melaksanakan pelbagai program keusahawanan sejak tahun 1995 dan memberi tumpuan kepada penambahan skop baharu seperti Pembangunan Produk, Usahawan untuk Pasaran Retail, Export Ready, Inisiatif Halal, Urban/Rural Entrepreneur Center serta lain-lain inisiatif baharu.

Kredit foto: FB PKNS

Ini menunjukkan kesungguhan BPU dalam merangka aktiviti untuk usahawan seluruh negara bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan masing-masing.

Pelbagai program baharu bakal dirangka disamping penambahbaikan program sedia ada bagi tujuan memastikan kesemua inisiatif yang dilaksanakan mampu memenuhi kehendak usahawan pada masa kini demi mewujudkan masyarakat yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd