Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Rosmah Dibebaskan Daripada 12 Kes Ubah Wang Haram

Datin Seri Rosmah Mansor, isteri bekas Perdana Menteri, telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Khamis daripada 12 pertuduhan yang dihadapinya.

rosmah dibebaskan

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, keputusan ini dibuat oleh Hakim K Muniandy selepas membenarkan permohonan Rosmah, 73, untuk membatalkan semua kes tersebut.

Rosmah telah menghadapi 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Najib Razak Tidak Akan Balas Dendam – “Pada Akhirat, Mereka Akan Bertanggungjawab”

Bagi pertuduhan lain adalah berkaitan kegagalan beliau mengemukakan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014 hingga 2018.

Rosmah juga didakwa gagal melakukannya seperti mana yang diperuntukkan oleh Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan tiada sebab munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017, manakala di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim pula pada 1 Mei 2014 dan 1 Mei 2018.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun dibebaskan daripada pertuduhan tersebut, Rosmah masih perlu menghadapi prosiding rayuan terhadap hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta atas tiga tuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion yang dijatuhkan oleh Hakim Mohamed Zaini Mazlan.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Politik

Jawatan EXCO Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi yang disandang oleh Fahmi Zainol telah tamat secara rasmi pada Rabu. Pengumuman tersebut dibuat Ketua Menteri,...

Sosial

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa diganggu seorang lelaki separuh bogel yang melakukan perbuatan lucah di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd