Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Ronaldo Masih Tumpul, Al Nassr Tersungkur Kecewa Dari Piala Super Saudi

Nampak gayanya, pemain terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo masih belum menemui rentak di tempat baharu apabila dia gagal membawa Al-Nassr ke peringkat seterusnya dalam Piala Super Saudi.

Menurut agensi antarabangsa, bekas bintang Manchester United ini terlepas peluang membawa kelab baharunya selepas tersingkir di peringkat separuh akhir selepas tewas 3-1 kepada Al-Ittihad.

Ia sekaligus membantutkan hasrat bintang berusia 37 memiliki trofi pertamanya pada tahun ini bersama Al-Nassr.

Untuk pengetahuan, ia bukanlah kali pertama Ronaldo gagal menjaringkan gol pada penampilan pertamanya ketika Al-Nassr menewaskan Ettifaq 1-0 pada Isnin lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada perlawanan berintensiti tinggi itu, Ronaldo mempunyai  beberapa peluang untuk menjaringkan gol tetapi dikawal ketat oleh pertahanan Al Ittihad sehingga menyaksikan pergelutan antara mereka.

Malah, jaringan Anderson Talisca pada minit ke-67 tidak dapat membantu Al-Nassr bangkit selepas pihak lawan mendahului dua gol pada babak pertama menerusi Romarinho dan Abderrazak Hamdallah.

Seterusnya, Muhannad Al-Shanqeeti melengkapkan kemenangan buat Al Ittihad pada masa kecederaan yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Raja Fahd.

Bagaimanapun, kekalahan Ronaldo untuk bersaing mendapatkan trofi pada final Piala Super Ahad ini bukanlah pematah semangatnya untuk terus berjuang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini kerana Ronaldo masih berpeluang memburu trofi pertama dengan Al-Nassr kini mendahului Liga Pro Saudi.

Sumber: Harian Metro

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Nasional

Masa depan kewangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menjadi keutamaan apabila Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh prestasi Lembaga Tabung Angkatan...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Lokal

Kerajaan Johor menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi Network School di Forest City susulan kebimbangan orang ramai, termasuk dakwaan terdapat warga Israel...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd