Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Rizky Billar Telah Lafaz Talak Satu Kepada Lesti Kejora -Peguam

Gejolak rumah tangga pasangan selebriti negara seberang, Lesti Kejora dan Rizky Billar nampaknya belum ada kesudahannya.

Menerusi laporan dari media tempatan, Rizky Billar dikatakan telah melafazkan talak terhadap penyanyi dangdut itu sewaktu Keganasan Dalam Rumah Tangga (KDRT) yang dikatakan terjadi tempoh hari.

Lafaz talak ketika bertengkar

Menurut Liputan6, Rizky dimaklumkan pernah melafazkan cerai dengan talak satu kepada Lesti ketika mereka sedang bergaduh. Hal tersebut dinyatakan oleh peguam pelakon sinetron berkenaan iaitu Adek Erfil Manurung.

“Jadi jam 5 ribut kan lagi, ngamuk lagi Lesti. Klien saya mau ke kamar mandi menenangkan diri. Ketika dia (Billar) menuju kamar mandi kan (Lesti) ngamuk terus nih, ‘Oke, kakak talak satu kamu’,” ujarnya memetik dari saluran Youtube Seleb Oncam News.

Tepis bukan banting

Tambah Adek Erfil lagi, ketika itu Lesti dikatakan terlalu beremosi sehingga menarik rantai yang dipakai Rizky sehingga putus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkara tersebut membuatkan pemilik nama Muhammad Rizky itu menepis tangan selebriti wanita terbabit sehingga membuatkan Lesti terjatuh dan bukannya dibanting seperti yang heboh diperkatakan tempoh hari.

Cari tahu cara rujuk

Namun begitu, peguamnya memaklumkan yang selebriti lelaki itu tidak begitu gembira dengan tindakannya dan mulai menyemak semula info berkaitan lafaz talak.

Rizky mendapati lafaz talak boleh gugur selepas mereka melakukan hubungan intim suami isteri.

“Jam 8 bangun, Rizky juga liatin browsing, boleh talak satu kita berhubungan suami istri selesai, karena masih talak satu. Diceritakan pada istrinya dan mereka sudah baikan. Mereka berhubungan, biasa kan suami istri melakukan hubungan setelah ribut itu,” kata Adek.

Untuk rekod, Kes yang masih dalam siasatan pihak polis ini disiasat mengikut Pasal 44 Undang-undang No.23 Tahun 2004 tentang Penghapusan Keganasan Rumah Tangga (UU PKDRT). Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dipenjara sehingga 15 tahun sekiranya mangsa mengalami luka berat ataupun meninggal dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Liputan6 (Aditia Saputra)

 

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda tampil menerusi siaran langsung di TikTok pada malam Jumaat dengan mendakwa dirinya anak kepada wanita dikerat, sambil menceritakan semula hubungan ibunya dengan...

Lokal

Tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Sabtu lalu....

Bisnes

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia...

Sosial

Pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal muncul calon pertama yang dipilih untuk menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bersama misi Sumud...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd