Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Saya Hanya Jual Belon, Bukan Bahan Terlarang” -Rintih Abang Belon

Kisah seorang penjaja belon, Muhammad Za’imuddin Azlan, yang kini dikenali sebagai “Abang Belon” menjadi tular selepas beliau mendakwa diperlakukan dengan kekasaran oleh penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika berniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) beberapa hari sebelum Aidilfitri.

Abang Belon persoal mengapa dia dipukul

Memetik laporan dari Harian Metro,  Za’imuddin menyatakan dirinya hanya berniaga belon untuk mencari rezeki halal bagi menampung kos perubatan pembedahan hernia yang dijadualkan pada 18 April.

“Saya hanya jual belon, saya tidak jual dadah. Kalau saya bekas penjenayah adakah saya boleh dipukul, ditendang, diterajang, dicekup leher dan diperlaku zalim?” ujarnya.

Abang Belon hanya cari rezeki halal

Za’imuddin yang sebelum ini dilaporkan mempunyai 13 rekod jenayah menjelaskan bahawa dia tidak layak diperlakukan sebegitu hanya kerana masa silamnya.

Dia menyuarakan rasa kesal terhadap perlakuan penguat kuasa yang kasar dan tidak berperikemanusiaan itu menerusi  sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Adakah sebab saya pernah ada kes, maka saya tidak boleh cari rezeki halal? Kalau saya ada kes lampau adakah itu lesen untuk siapa-siapa sahaja boleh pukul saya?”katanya lagi.

Artikel lain: Abang Belon Pernah Ada 13 Rekod Jenayah, Kebanyakan Berkaitan Bahan Terlarang

Mahu berubah, tak nak jadi selamanya jadi orang susah

Dalam pada itu, Abang Belon turut mengingatkan pihak berkuasa untuk menjaga integriti dan bertindak mengikut undang-undang dan menyatakan dirinya juga mahu berubah kerana bukan mudah menjadi orang susah.

“Kami pun hendak berhari raya macam orang lain,” 
“Saya hendak berubah. Bukan mudah jadi orang miskin dan susah, saya akan lawan sebab perkara ini zalim.” tegasnya.

abang belon

Sementara itu, peguam Za’imuddin, Muhammad Rafique Rashid Ali, mengingatkan pihak media untuk berhati-hati dengan laporan yang memetik sumber tidak jelas berkenaan rekod lampau anak guamnya.

Dia juga menyatakan bahawa tindakan undang-undang akan diambil untuk mempertahankan hak Za’imuddin selepas keadaan beliau pulih.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kesalahan lampau ini biasanya kita selalu guna di mahkamah oleh pendakwa raya sebelum jatuh hukum,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan bahawa serbuan DBKL terhadap peniaga tanpa lesen itu bertukar menjadi pergaduhan dengan rakaman video tular menunjukkan aksi tolak-menolak antara pegawai DBKL dan peniaga.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd