Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Ringgit Kekalkan Momentum, Lepasi Paras RM4.14 Buat Kali Pertama Sejak November 2021

Ringgit kekalkan momentum meningkat berbanding dolar AS semasa memulakan urus niaga hari ini, melepasi paras RM4.14 untuk kali pertama sejak November 2021, kata pakar ekonomi.

Memetik laporan Bernama, keadaan ini disumbangkan oleh data ekonomi tempatan yang lebih baik berbanding jangkaan dan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Setakat 8 pagi hari ini, ringgit diniagakan pada 4.1490/1600 berbanding dolar AS daripada 4.1550/1605 semasa ditutup pada Selasa.

Ringgit kekalkan momentum, lepasi paras RM4.14 buat kali pertama sejak 2021

Ringgit Kekalkan Momentum

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Keyakinan Pengguna Lembaga Persidangan AS susut melebihi jangkaan kepada 98.7 mata, memperlihatkan pengguna yang membentuk dua pertiga daripada ekonomi AS, berhati-hati dengan prospek masa depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sehubungan itu, Indesk Dolar AS (DXY) menyusut 0.49 peratus kepada 100.360 mata. Oleh itu, ringgit sewajarnya kekal positif berikutan penurunan kadar faedah selanjutnya di AS,” katanya.

Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding sekumpulan mata wang utama dan ia susut berbanding euro kepada 4.6427/6550 daripada 4.6274/6335 semasa ditutup pada Selasa.

Artikel lain: KPT Gerakkan 878 Sukarelawan Dalam Misi Bantuan Pasca Banjir Di Utara

Selain itu, ia juga susut berbanding pound Britian kepada 5.5704/5852 daripada 5.5590/5663 dan rendah berbanding yen Jepun kepada 2.9002/9083 daripada 2.8796/8836.

Ringgit Kekalkan Momentum

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia juga didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN yang mana Ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 273.1/274.0 daripada 273.5/274.0 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.37/7.40 daripada 7.39/7.40.

Bagaimanapun, mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2348/2437 daripada 3.2244/2289 dan berkurangan ekpada 12.7184/7607 daripada 12.6426/6640 berbanding baht Thailand.

Sementara itu, kemaskini terkini setakat pukul 3 petang hari ini, Ringgit meningkat lagi kepada 4.11 berbanding 4.14 pada pagi hari ini.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Di sebalik gemerlap dunia media sosial, setiap penceritaan ada hikmahnya. Begitulah yang dapat dilihat melalui insiden melibatkan Kak Nab, seorang pempengaruh TikTok yang juga...

Sosial

Seorang lelaki tampil memberi penjelasan susulan tular insiden membabitkan sebuah Toyota Alphard dan penunggang motosikal di Taman Johor Jaya di Johor Bahru yang berakhir...

Lokal

Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita yang disembunyikan di dalam sebuah beg dan ditanam di kawasan belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu...

Lokal

Isu kewangan dipercayai menjadi punca kepada pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemukan dalam keadaan dibungkus di dalam beg dan ditanam di belakang sebuah rumah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd