Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Rider Tak Perasan Duit Terjatuh, Orang Ramai Bantu Kutip Atas Jalan

Satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial baru-baru ini telah merakam detik duit seorang penghantar makanan terjatuh semasa menunggang motosikal.

Foto: FB Boonkee Ng

Kejadian tersebut berlaku ketika menunggu lampu isyarat dan kemungkinan dia tidak menyedari bahawa duit miliknya berterbangan serta bertaburan di atas jalan raya.

Insiden yang berlaku di tengah-tengah kepadatan jalan raya itu menarik perhatian ramai kerana tindakan spontan pengguna jalan raya yang berada berhampiran lokasi kejadian.

Tanpa berfikir panjang, beberapa pemandu dan penumpang sanggup turun dari kenderaan masing-masing untuk membantu mengutip wang yang berselerak di atas jalan raya.

Dalam suasana trafik yang padat, tindakan membantu itu dilakukan dengan penuh kerjasama dan semangat keprihatinan kerana ada yang dilihat mengejar wang yang diterbangkan angin ke lorong sebelah, manakala yang lain menyerahkan kembali wang yang berjaya dikutip kepada pemiliknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Situasi itu memperlihatkan bahawa dalam saat-saat genting, semangat kemanusiaan masih menjadi keutamaan ramai.

Penghantar makanan yang baru tersedar kemudian tergesa-gesa berpatah semula ke lokasi dimana duitnya terjatuh.

Foto: FB Boonkee Ng

Insiden seperti ini juga mengingatkan kita akan cabaran harian yang dihadapi oleh penghantar makanan, terutamanya mereka yang menunggang motosikal dalam apa jua keadaan cuaca dan trafik kerana mereka sering berdepan dengan risiko jalan raya demi memenuhi pesanan pelanggan dan mencari rezeki.

Tindakan para pengguna jalan raya yang membantu dalam kejadian ini wajar dijadikan contoh kerana ia mencerminkan nilai-nilai kemanusiaan dan sifat saling mengambil berat yang sepatutnya terus subur dalam masyarakat kita.

Dalam dunia yang serba pantas, peristiwa seperti ini membuktikan bahawa masih ramai yang tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan kepada orang lain, walaupun tidak mengenali mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rakaman ini juga telah mencetuskan pelbagai reaksi positif dalam kalangan warganet, rata-rata memuji tindakan mereka yang membantu selain menyifatkan insiden ini sebagai peringatan bahawa kebaikan masih wujud, dan ia tidak memerlukan sebarang ganjaran mahupun pujian untuk dilakukan.

 

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Nasional

Sempena sambutan Hari Malaysia 2025, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan program Bicara Malaysiana: Menjunjung Rukun Negara, Memperkukuh Jati Diri Bangsa bertempat di Auditorium...

Sukan

Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) – Renang yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus menjadi inisiatif penting dalam usaha mengurangkan risiko...

Sosial

Air mata mengiringi setiap langkah, begitulah suasana yang dirakam dalam sebuah video tular di TikTok sempena persaraan seorang guru bernama Cikgu Salina. Murid bagi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd