Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

‘Rider’ Menangis Dibantu Ketika Motor Rosak, Akui Tak Cukup Duit -“Baru Buat 2 ‘order'”

Seorang individu yang juga pakar servis motor meraih perhatian ramai selepas berkongsi momen menyentuh hati ketika membantu ‘rider’ penghantar makanan yang berdepan masalah motor rosak dalam keadaan serba kekurangan.

Rantai motosikal rider tersangkut di spoket

Menerusi perkongsian di TikTok menerusi akaun minyakhitamjalanan, individu berkenaan memaklumkan kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang sebelum menerima panggilan kecemasan daripada seorang rider yang mengalami masalah rantai tersangkut pada sproket belakang.

“Memang lepas pukul 5:00 pm aku akan balik rumah dulu ambil minyak hitam. Aku baru saja nak jalan ada seseorang telefon.
“Dia cakap rantai tersangkut di spoket belakang. Aku terus minta lokasi dan segera ke sana.
“Sampai tempat kejadian, abang itu minta aku buka rantai saja dan katanya kawan akan datang tolak sampai rumah.
Dalam hati aku, abang ini tak cukup duit. Dengan keadaan brek pad dah habis.
“Dalam 2 ke 3 minit, dia telefon isteri mungkin suruh bank in duit,” tulisnya.

https://www.tiktok.com/@minyakhitamjalanan_/video/7592549491169905938?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7379894777611830791

Rider penghantar makanan baru dapat 2 order

Menurutnya, situasi rider tersebut benar-benar menyentuh perasaan selepas mengetahui penghantar makanan itu baru sahaja menerima pendapatan yang sangat sedikit pada hari berkenaan.

“Abang ini ada bagitahu aku yang dia baru buat 2 pesanan, dapat dalam RM3.50.
“Aku pun tukar rantai apa semua dan beritahu tak payah bayar.
“Dia terus menangis ya Allah aku pun sekali menangis.
Aku pakai duit infaq sebelum ini, dia betul-betul memerlukan,” ujarnya lagi.

Sama-sama kita doakan

Susulan itu, individu berkenaan mendoakan agar urusan penghantar makanan berkenaan dipermudahkan dan terus kuat mencari rezeki demi keluarga.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mendoakan yang terbaik buat penghantar makanan tersebut dan ada juga yang mengakui pernah berada di situasi yang hampir sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Abang tu menangis, mesti betul2 tengah susah

Marilah kita sama2 jadi orang baik

Lelaki kalau dah menangis maknanya betul2 tengah susah

rider

Artikel lain: Kanak-Kanak Terlalu Minat Polis, Anggota Hadir Buat Kejutan Sempena Hari Lahir!

Semoga urusan kedua-duanya dipermudah dan terus diberikan rezeki, keselamatan dalam mencari pendapatan.

Sumber: TikTok minyakhitamjalanan_

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang pekerja FamilyMart yang didakwa menyimbah sup ke arah seorang penghantar makanan telah digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak syarikat. Syarikat...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Sosial

Seorang pemandu e-hailing menjadi perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman berdepan situasi tegang melibatkan seorang pelanggan hanya disebabkan isu baki wang tambang sebanyak RM7. Pemandu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd