Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Reput Di Muka Dan Dada, Polis Belum Dapat Sahkan Punca Kematian Farah Kartini

Punca kematian seorang alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu, Nur Farah Kartini Abdullah belum dapat disahkan memandangkan bahagian muka dan dada mangsa telah mereput.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menyatakan bahawa pihak Pakar Patalogi Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan hasil analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil daripada mayat terlebih dahulu sebelum memutuskan punca kematian.

Foto: Sinar Harian

“Buat masa ini pakar tidak dapat sahkan sebab kematian kerana mayat yang sudah reput terutama di bahagian dada serta muka.
  “Selepas dapat keputusan analisis makmal, barulah pakar dapat putuskan sebab kematian,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Selain itu, Hussein menjelaskan bahawa proses tersebut dilakukan agar ia dapat menolak sebab-sebab lain yang mungkin dikaitkan dengan kematian mangsa.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya telah merampas kenderaan milik suspek yang juga kenalan mangsa bagi proses siasatan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Media Sosial

“Polis ada merampas sebuah kereta jenis Toyota milik suspek,” ujarnya.

Terdahulu, pihak media melaporkan bahawa mayat mangsa berusia 25 tahun telah ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam enam petang pada Isnin.

Pada hari yang sama, suspek berusia 26 tahun yang juga seorang anggota polis telah ditahan serta direman selama tujuh hari bermula semalam bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Foto: Kosmo! Online

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan Kempen Cabutan Simpan SSPN 2026 yang menawarkan hadiah bernilai hampir RM1.4 juta kepada 954 pemenang. Pengerusi PTPTN,...

Lokal

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bersama Malaysia Hindu Sangam Pulau Pinang menyarankan penganut Hindu supaya mengurangkan amalan memecahkan kelapa dalam kuantiti berlebihan sempena sambutan...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berkaitan pengurusan sisa...

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd